Friday, October 10, 2008

AhLAn WaSAhLan to MY BloG


Assalamualaikum wbt…….

Alhamdulillah bersyukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang telah melimpahi dalam hidup saya ini dan juga bersyukur kerana dapat menyiapkan blog sendiri buat pertama kalinya. Terciptanya blog ini merupakan hasil tugasan dalam subjek Teknologi Maklumat Dakwah yang telah diamanahkan oleh Prof Madya Dr. Zulkiple Abd Ghani kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini. Saya amat bertuah kerana dengan mengambil subjek ini ia telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk mempelajari sekaligus menciptakan blog sendiri walaupun pada awalnya saya tidak ada asas dalam pembinaan blog. Namun begitu, hasil usaha yang bersungguh-sungguh dengan meminta panduan daripada kawan-kawan serta tidak kenal erti putus asa maka dapatlah saya menghasilkan blog sepertimana yang anda dapat layari sekarang ini walaupun tidak semeriah pembinaan blog sahabat-sahabat lain.

Blog saya berkonsepkan dakwah berhikmah dan memberi peringatan yang baik kepada tetamu yang berkunjung ke laman blog ini. Dengan niat yang satu untuk memberi sedikit manfaat dari insan yang kerdil ini agar sama-sama kita dapat mengambil ibrah dengan apa yang dihasilkan melalui wasilah dakwah ini. Saya amat bangga sekiranya perkembangan dunia IT seumpama ini dapat digunakan sepenuhnya untuk matlamat dakwah dan dalam masa sama dipelopori oleh ummat islam kerana agama Islam itu sendiri menitikberatkan kemajuan yang bertunjangkan dasar al-Quran dan as-Sunnah tetapi amat malangnya ramai dikalangan kita tidak dapat menguasainya. Di sini saya juga menamakan blog saya sebagai ebtisamsufi kerana ianya melambangkan dalam kehidupan yang kita lalui ini hendaklah sentiasa ceria dan mempunyai hati yang bersih. Apabila aspek dalaman seseorang itu sudah bersih dan suci maka ia terpancar nur di raut wajah dan dia dapat mendamaikan dan menyenangkan hati orang lain. Ibtisam yang membawa maksud senyuman adalah mempunyai makna yang mendalam sekiranya kita ikhlas dalam mengukir senyuman kepada sahabat-sahabat dan mampu melahirkan ukhuwwah fillah dalam pertemuan seumpama ini menerusi ruangan blog saya..Semoga ia dapat membibitkan ukhuwwah fillah yang diiringi keredhaan Allah buat selama-lamanya.

Kepada saudara-saudara fil islam, anda bolehlah bertukar-tukar fikiran dengan mengeluarkan pandangan, maklumat, kritikan yang membina dan lain-lain yang dikira sesuai amatlah saya alu-alukan dan nantikan dalam blog ini. Semoga dengan usaha dakwah yang tidak seberapa ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Ameen..

WaLLAHu A’Lam …

0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template