Alhamdulillah, bersyukur kpdNya atas keizinan dan petunjuk untuk saya menukilkan tinta ini setelah kian lama saya tidak menyengah dan mengarang my blog buat tatapan sahabat2 fillah. Tatkala ini saya baru menghubungi akan seorang sahabat yang berada di negeri Pantai Timur yang dilanda ujian begitu hebat. Ujian yang belum tentu lagi saya dapat tempuhi sekiranya diri saya berada di tempatnya..subhanallah amat besarnya ujian yang Kau turunkan kepada hambaMu yang terpilih dijalan tarbiah ini..Saya begitu kagum dengan kekuatan dan ketabahan yang terpamer pada dirinya yang seringkali banyak memberi keinsafan dan pengajaran kepada saya akan hakikat ujian kehidupan ini..Ya Allah…Allah begitu sayang akan dirinya dengan menurunkan ujian berupa kesakitan. Pada usia muda ini dia telah disahkan menghadapi penyakit kanser otot, suatu penyakit yang tidak terfikir pun di fikiran saya akan dihadapi oleh sahabat saya ini yang kelihatan sentiasa ceria dan mudah memberi bantuan kepada orang lain.
Pada suatu pagi (23/11/08) dalam keasyikan dan keseronokan menghirup udara sobah bersama sahabat2 saya di tasik UKM, tiba-tiba salah seorang sahabat saya mengkhabarkan berita yang amat menyedihkan dan mengejutkan buat semua yang ada di situ. Berita tentang sahabat saya diuji dengan ujian kesakitan keadaannya sekarang semakin tenat dan memerlukan rawatan yang lebih rapi lagi iaitu rawatan radioterapi. Untuk pengetahuan kalian, sebelum ini sahabat saya telah menjalani beberapa kali rawatan kimoterapi dengan bertujuan untuk melambatkan kansernya dari merebak seluruh badannya. Tetapi rawatan kimoterapi ini sudah tidak mampu dan tidak memberi kesan lagi kepada penyakitnya. Itulah yang sekadar saya tahu akan penggunaan rawatan ini dalam mengubati penyakit seumpama ini, walaupun saya tahu penyakitnya tiada ubat yang boleh hilang terus tetapi dengan kaedah rawatan moden seperti ini hanya mampu mengurangkan dan melambatkan dari merebak menjadi lebih teruk lagi.
Tiba-tiba hati saya menjadi sayu dan pilu apabila mengenangkan dirinya yang sedang mengalami dengan ujian kesakitan yang amat sangat sedangkan saat ini kami bersuka-ria dan dalam keadaan sihat walafiat. Saya tidak mampu lagi untuk berada bersama dengan sahabat2 yang ada di situ, lalu saya bangun dan berjalan jauh sedikit dari mereka kerana hati mula sebak dan sedih sangat. Fikiran saya mula mengimbau kenangan saya bersama dengannya sejak mula saya kenali di bumi Maahad yang tercinta. Pada awalnya saya tidak mengenali secara rapat pun dirinya sehinggalah Allah mencampak saya bersamanya dalam satu kelas yang sama iaitu dalam Tingkatan 5 Ummu Aiman. Pada masa itu saya tidak rapat sangat dan antara saya dengan dia lebih rapat apabila ditakdirkan lagi bersama dalam meneruskan perjuangan STAM di tingkatan 6 Bawah Ummu Aiman. Sepanjang tempoh itulah saat susah senang, sedih gembira di kongsi dan ditempuhi bersama-sama. Pada masa itu saya sudah sedia maklum yang dia sedang sakit tetapi penyakitnya belum serius dan hanya peringkat permulaan saja. Kami meniti hari-hari di bumi Maahad dengan semangat serta keazaman yang kental bagi meraih sinar kejayaan perjuangan STAM 05 ma’an. Alhamdulillah, kami berjaya ditempatkan di universiti yang sama iaitu UKM 06 dan sefakulti dengannya. Ukhuwwah antara kami semakin berkembang mekar semekar taman Islami bersama dengan sahabat2 baru terjalin ukhuwwah di bumi perbukitan ilmu ini. Alangkah indahnya memori yang sempat kami lakarkan bersama dan tersimpan di ruang hati ini tanpa menyedari penyakitnya semakin menular dalam diam. Memang dia ada menceritakan kepada saya dan sahabat2 lain akan kesakitan yang terpaksa ditanggung itu tetapi dia amat pandai dalam menyembunyikan kepedihan dan kesengsaraan dirinya di hadapan kami. Sehinggalah sampai saat dirinya menemui doctor pakar bagi mengetahui apakah penyakitnya kerana dia tidak tahan sangat akan kesakitannya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya tatkala itu. Sahabat saya terpaksa menangguhkan pengajian tahun akhir bagi mengubati penyakit yang semakin serius.
"Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit sahabatku itu dan berilah peluang kepadanya agar dia dapat mengecapi kehidupan seperti dulu, dapat menikmati nikmat kesihatan yang baik dan dapat meneruskan perjuangan dakwah di bumi ini. Kau berikanlah ketabahan dan kekuatan kepada sahabatku ini dalam menjalani hari-hari yang mendatang ini dengan berhusn zhon setiap ketentuan Engkau dan mengharapkan akan kerahmatan dariMU."
Hatiku ini mula meronta-ronta ingin segera pulang ke negeriku bagi menemui sahabatku yang sekarang memerlukan sokongan moral dan perangsang dari ahli keluarganya serta sahabat2, tapi apakan daya masa belum mengizinkan saya untuk berbuat demikian kerana tuntutan tugasan di sini belum selesai. Insyaallah pada minggu depan akan saya pulang kampung menemui family yang dirindui dan menjenguk akan sahabat saya itu. Semoga sahabat saya semakin tabah dan cepat sembuh dan Allah sentiasa memelihara dan melindungi dirinya serta ahli keluarganya. Itulah bingkisan kisah sahabat saya yang Allah mengangkat darjatnya melalui ujian seperti ini. Sukarku untuk mencari di dunia ini sahabat yang setabah dan sebaik seperti insan yang bernama Nur Amalina binti Abdullah ini. Saya merinduimu..Bersama-samalah kita menunaikan solat hajat dan berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan dirinya serta berpeluang untuk meneruskan pengajian yang tertangguh pada tahun akan datang. Ameen….

0 comments:
Post a Comment