Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Sebab itulah berhibur tidak salah, yang salah apabila salah memilih hiburan. Seni dalam Islam mengutamakan daya intelektual dan ciri-ciri didikan berbanding emosi secara berlebih-lebihan kerana seni bertujuan untuk mendidik fitrah manusia agar sentiasa tunduk akan kebesaran Pencipta dan kekuasaan-Nya. Ini terbukti apabila kalam Allah menjadi satu daripada unsure seni yang amat tinggi nilainya dan tidak dapat dibidas oleh hasil seni lain.
Persoalan tentang hukum seni (muzik dan nyanyian) mempunyai jawapan yang berbeza dari kebanyakan orang Islam. Terdapat tiga pandangan berhubung isu ini. Pertama: menyatakan semua bentuk nyanyian dan muzik adalah halal berdasarkan konsep ia merupakan anugerah Allah untuk dinikmati oleh manusia. Pandangan kedua: berpendapat ia haram, sebahagian daripada senjata syaitan dan memesongkan aqidah umat Islam. Pandangan ketiga: adalah datang dari kumpulan yang diibaratkan lalang, adakalanya berada dalam kumpulan pertama adakalanya berada dalam kumpulan kedua. Bagaimanapun mereka yang berada dalam kumpulan ketiga ini adalah mereka yang ingin mengetahui panduan sebenar kedudukan seni dan nyanyian dalam Islam.
Walaubagaimanapun Islam telah menggariskan beberapa peraturan dan panduan agar tidak melanggari ajaran agama. Ia boleh dibahagikan kepada dua konsep utama:
1) Untuk memenuhi tuntutan jasmani sebagai satu bentuk riadah yang diharuskan.
2) Untuk memenuhi keperluan rohani manusia agar tenang dan terhibur.
0 comments:
Post a Comment