Friday, October 10, 2008

Gerakan MAHASISWA


Mahasiswa yang berada dalam kategori kepemudaan (youthful) juga berada di atas garis titik pertengahan hidup yang penuh dengan cabaran. Ini juga bermakna mahasiswa juga ditempatkan di satu lokasi dalam hidupnya yang penuh dinamis . Berbekalkan asas ideologi yang lebih suci(ideological purity), digembeling dengan semangat idealisme yang tinggi, mahasiswa mampu mempamerkan satu nilai, sikap dan seterusnya tindakan yang lebih objektif kerana ia tidak didukung oleh kepentingan-kepentingan yang memihak. Atas hakikat inilah gerakan mahasiswa sebagai satu tenaga (force) yang menjurus dan menyumbang kepada perubahan, akan sentiasa revelan. Ia bersifat tenggelam timbul berdasarkan realiti sosio-politik semasa yang mendepani gerakannya. Dari sudut ini, gerakan mahasiswa bukanlah satu tenaga (force) yang bersifat sementara, tetapi ia sesuatu yang kekal, yang bergerak untuk merubah masyarakatnya ke arah lebih baik dan adil

Status mereka sebagai pelajar universiti juga mempunyai implikasi bahawa mereka adalah juga golongan elit masyarakat yang mendapat peluang menjejakkan kaki mereka ke menara gading. Sebagai bakal pemimpin yang akan memimpin negara, mahasiswa terasa terpanggil untuk menjadi jurubicara ummah. Universiti sendiri adalah satu institusi yang tidak terpisah dari realiti nasional dan antarabangsa.

Kesimpulannya gerakan mahasiswa perlu sentiasa digaris pandukan oleh nasihat Luqmanul Hakim dan keimananya dijaga oleh Allah sebagaimana Allah menjaga Ashabul Kahfi. Mahasiswa sebagai pembawa obor Islam, mungkin mengalami beberapa kemalapan dalam perjuangan. Namun, walau apa pun cahaya Islam akan terus bersinar kerana inilah janji Allah sungguh pun tidak disukai oleh musuh-musuhNya.

0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template