Friday, October 10, 2008

AhLAn WaSAhLan to MY BloG

0 comments

Assalamualaikum wbt…….

Alhamdulillah bersyukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang telah melimpahi dalam hidup saya ini dan juga bersyukur kerana dapat menyiapkan blog sendiri buat pertama kalinya. Terciptanya blog ini merupakan hasil tugasan dalam subjek Teknologi Maklumat Dakwah yang telah diamanahkan oleh Prof Madya Dr. Zulkiple Abd Ghani kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini. Saya amat bertuah kerana dengan mengambil subjek ini ia telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk mempelajari sekaligus menciptakan blog sendiri walaupun pada awalnya saya tidak ada asas dalam pembinaan blog. Namun begitu, hasil usaha yang bersungguh-sungguh dengan meminta panduan daripada kawan-kawan serta tidak kenal erti putus asa maka dapatlah saya menghasilkan blog sepertimana yang anda dapat layari sekarang ini walaupun tidak semeriah pembinaan blog sahabat-sahabat lain.

Blog saya berkonsepkan dakwah berhikmah dan memberi peringatan yang baik kepada tetamu yang berkunjung ke laman blog ini. Dengan niat yang satu untuk memberi sedikit manfaat dari insan yang kerdil ini agar sama-sama kita dapat mengambil ibrah dengan apa yang dihasilkan melalui wasilah dakwah ini. Saya amat bangga sekiranya perkembangan dunia IT seumpama ini dapat digunakan sepenuhnya untuk matlamat dakwah dan dalam masa sama dipelopori oleh ummat islam kerana agama Islam itu sendiri menitikberatkan kemajuan yang bertunjangkan dasar al-Quran dan as-Sunnah tetapi amat malangnya ramai dikalangan kita tidak dapat menguasainya. Di sini saya juga menamakan blog saya sebagai ebtisamsufi kerana ianya melambangkan dalam kehidupan yang kita lalui ini hendaklah sentiasa ceria dan mempunyai hati yang bersih. Apabila aspek dalaman seseorang itu sudah bersih dan suci maka ia terpancar nur di raut wajah dan dia dapat mendamaikan dan menyenangkan hati orang lain. Ibtisam yang membawa maksud senyuman adalah mempunyai makna yang mendalam sekiranya kita ikhlas dalam mengukir senyuman kepada sahabat-sahabat dan mampu melahirkan ukhuwwah fillah dalam pertemuan seumpama ini menerusi ruangan blog saya..Semoga ia dapat membibitkan ukhuwwah fillah yang diiringi keredhaan Allah buat selama-lamanya.

Kepada saudara-saudara fil islam, anda bolehlah bertukar-tukar fikiran dengan mengeluarkan pandangan, maklumat, kritikan yang membina dan lain-lain yang dikira sesuai amatlah saya alu-alukan dan nantikan dalam blog ini. Semoga dengan usaha dakwah yang tidak seberapa ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Ameen..

WaLLAHu A’Lam …

Menangani isu politik dan konflik politik kepartian

1 comments


Lebih 5 dekad kita berpolitik dengan menggunakan sistem demokrasi melalui pilihanraya. Kini, tibalah masanya kita menilai semula keberkesanan sistem demokrasi dalam pembentukan agenda umat Melayu-Islam di negara ini. Persoalan ini timbul kerana sistem demokrasi yang kita amalkan semakin mewujudkan golongan bertentangan sehingga berlakunya pertarungan yang merobek perpaduan umat Melayu-Islam. Kehancuran perpaduan umat Melayu-Islam bermakna kehancuran proses pembentukan bangsa Malaysia. Tidak dinafikan kita mempunyai perbezaan pendapat di antara satu sama lain kerana kita mempunyai pengalaman, tahap pendidikan dan kepentingan semasa yang berbeza tetapi biarlah pertarungan ini dalam ruang lingkup yang sihat iaitu bersifat mulia-bestari, beradab dan kondusif.

Pertarungan politik yang mengancam perpaduan diantara umat Melayu-Islam telah mewujudkan politik dendam akan memusnahkan kekuatan umat Melayu-Islam. Natijah daripada sikap pelampau dalam politik ini, umat Melayu-Islam sekarang bertindak dan berfikir dalam kerangka politik parti mereka. Fenomena ini sememangnya menjadi barah dikalangan pengikut bawahan.

Perkataan politik berasal daripada perkatan Greek iaitu polis bermaksud bandar, negara dan bijaksana. Abdul Hamid al Ghazali mendefinisikan politik sebagai keahlian memerintah dan menjalankan negara; kekuatan dan kemampuan untuk meraih tujuan politik. Dalam konteks moden, politik boleh dimaknakan sebagai suatu ilmu memerintah yang diatur dan ditadbir oleh sesebuah pertubuhan politik. Sebenarnya, umat Melayu-Islam baru sahaja mengenali politik bercorak institusional yang berkiblatkan Barat dengan penubuhan pertubuhan bercorak politik seperti Kesatuan Melayu Muda, Partai Kebangsaan Melayu Malaya dan UMNO. Selama ini umat Melayu-Islam telah terbiasa dengan sistem politik naungan yang bergantung harap kepada kepimpinan personal.

Hadirnya sistem demokrasi berpilihanraya di Tanah Melayu menyebabkan munculnya parti politik seperti PAS dan UMNO yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam. Pertembungan kedua-dua parti Melayu-Islam ini seringkali tidak terkendali sehingga mewujudkan suasana permusuhan di kalangan pendukung kedua-dua parti. Api permusuhan ini semakin marak sehingga isu yang memerlukan kebersamaan sukar dijalinkan kesepakatan. Akibatnya umat Melayu-Islam sendiri akan menanggung kerugian dan ia akan menguntungkan pihak lain yang berkepentingan.

Permusuhan ini disebabkan oleh perebutan kuasa pemerintahan sehingga kedua-dua pihak gagal melihat perbezaan diantara kepentingan politik dan kepentingan politik kepartaian. Berparti bermakna kita berpolitik tetapi berpolitik tidak bermakna kita berparti. Kita boleh melihat insan berjalur bebas seperti aktivis mahasiswa sosialis, Hishamuddin Rais yang memperjuangkan hak kemanusiaan dan keadilan berdasarkan fahaman sosialis beliau tanpa parti. Iman as syahid Hasan al Banna menyifatkan politik tanpa parti adalah politik mutlak dimana ia melihat hal ehwal dalaman umat dan luarannya tanpa mengaitkan dengan kepartaian. Oleh sebab itu, isu-isu seperti isu Anwar, isu hudud dan tahanan ISA perlu dilihat dalam konteks pemaknaan politik yang lebih luas melepasi sempadan parti politik. Isu-isu tersebut melibatkan persoalan hak asasi manusia dan Islami.

Terasa teramat malang jika kita meneropong suasana politik mahasiswa Melayu di kampus-kampus nasional yang turut terkena tempias politik dendam dan diskriminatif. Suasana permusuhan yang dilebarkan oleh budaya politik kepartaian turut menggugat suasana keintelektualan di universiti yang selama ini dianggap neutral dan berautoriti sifatnya. Kader-kader parti mula bertarung dalam pilihanraya kampus dalam suasana yang tegang. Universiti yang dilihat sebagai taman keilmuan dan diharapkan melahirkan intelek-intelek ‘insan al kamil’ telah menjadi sarang menetaskan benih-benih perpecahan ummah.

Menurut Yusof al Qaradhawi dalam Fiqh Daulah, berbilang parti politik ini perlu berada dalam kerangka kesatuan akidah Islam dimana matlamat utama adalah menegakkan kekuasaan Ilahi tetapi perbezaan yang berlaku hanya pada persoalan pendekatan sahaja. Kekeliruan yang timbul apabila umat Melayu-Islam gagal memprofesionalkan perbezaan pendapat mereka dengan mengimport sistem berparti Barat tetapi bermentaliti dunia ketiga. Di Barat, mereka yang kalah dalam pilihanraya akur kehendak rakyat.

Umat Melayu Islam perlu berusaha menangani isu politik dan konflik politik kepartaian mereka sebaik mungkin agar agenda umat Melayu-Islam dapat dilaksanakan dalam suasana harmonis. Parti politik Melayu-Islam wajar mengislah diri dan masyarakat dengan proses political socialization [pembudayaan politik] yang sihat, bermoral dan Islami. Teringat pesan Pak Rendra, seniman Indonesia, “kita tidak boleh disatukan oleh masa lalu. Kita hanya boleh disatukan oleh masa depan”. Ini pengharapan tinggi kepada parti umat Melayu-Islam agar bersatu pada masa depan. Berpakatlah. Wallahu a'lam

Gerakan MAHASISWA

0 comments
Mahasiswa yang berada dalam kategori kepemudaan (youthful) juga berada di atas garis titik pertengahan hidup yang penuh dengan cabaran. Ini juga bermakna mahasiswa juga ditempatkan di satu lokasi dalam hidupnya yang penuh dinamis . Berbekalkan asas ideologi yang lebih suci(ideological purity), digembeling dengan semangat idealisme yang tinggi, mahasiswa mampu mempamerkan satu nilai, sikap dan seterusnya tindakan yang lebih objektif kerana ia tidak didukung oleh kepentingan-kepentingan yang memihak. Atas hakikat inilah gerakan mahasiswa sebagai satu tenaga (force) yang menjurus dan menyumbang kepada perubahan, akan sentiasa revelan. Ia bersifat tenggelam timbul berdasarkan realiti sosio-politik semasa yang mendepani gerakannya. Dari sudut ini, gerakan mahasiswa bukanlah satu tenaga (force) yang bersifat sementara, tetapi ia sesuatu yang kekal, yang bergerak untuk merubah masyarakatnya ke arah lebih baik dan adil

Status mereka sebagai pelajar universiti juga mempunyai implikasi bahawa mereka adalah juga golongan elit masyarakat yang mendapat peluang menjejakkan kaki mereka ke menara gading. Sebagai bakal pemimpin yang akan memimpin negara, mahasiswa terasa terpanggil untuk menjadi jurubicara ummah. Universiti sendiri adalah satu institusi yang tidak terpisah dari realiti nasional dan antarabangsa.

Kesimpulannya gerakan mahasiswa perlu sentiasa digaris pandukan oleh nasihat Luqmanul Hakim dan keimananya dijaga oleh Allah sebagaimana Allah menjaga Ashabul Kahfi. Mahasiswa sebagai pembawa obor Islam, mungkin mengalami beberapa kemalapan dalam perjuangan. Namun, walau apa pun cahaya Islam akan terus bersinar kerana inilah janji Allah sungguh pun tidak disukai oleh musuh-musuhNya.

Ahwalul Iqtisad

0 comments

Pengertian, Tujuan & Prinsip-Prinsip Ekonomi Islam

Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh sendi kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan perekonomian manusia juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah. Harta yang ada pada kita, sesungguhnya bukan milik manusia, melainkan hanya titipan dari Allah swt agar dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kepentingan umat manusia yang pada akhirnya semua akan kembali kepada Allah swt untuk dipertanggungjawabkan.

Pengertian Ekonomi Islam
Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya diatur berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam.
Bekerja merupakan suatu kewajiban karena Allah swt memerintahkannya, sebagaimana firman-Nya dalam surat At Taubah ayat 105:
Dan katakanlah, bekerjalah kamu, karena Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan itu.
Karena kerja membawa pada keampunan, sebagaimana sabada Rasulullah Muhammad saw:
Barang siapa diwaktu sorenya kelelahan karena kerja tangannya, maka di waktu sore itu ia mendapat ampunan.
(HR.Thabrani dan Baihaqi)

Tujuan Ekonomi Islam
Segala aturan yang diturunkan Allah swt dalam system Islam mengarah pada tercapainya kebaikan, kesejahteraan, keutamaan, serta menghapuskan kejahatan, kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh ciptaan-Nya. Demikian pula dalam hal ekonomi, tujuannya adalah membantu manusia mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat.
Seorang fuqaha asal Mesir bernama Prof.Muhammad Abu Zahrah mengatakan ada tiga sasaran hukum Islam yang menunjukan bahwa Islam diturunkan sebagai rahmat bagi seluruh umat manusia, yaitu:

1. Penyucian jiwa agar setiap muslim bisa menjadi sumber kebaikan bagi masyarakat dan lingkungannya.

2. Tegaknya keadilan dalam masyarakat. Keadilan yang dimaksud mencakup aspek kehidupan di bidang hukum dan muamalah.

3. Tercapainya maslahah (merupakan puncaknya).

Persaudaraan Dalam Islam

0 comments

“Kita semua Melayu,Cina, India, orang Amerika, Orang putih, orang Asli dan lain-lain adalah adik-beradik. Kita datang dari keturunan yang satu, iaitu ayah kita bernama Adam dan mak kita bernama Hawa. Soal berapa ribu pupu kita ini biarlah. Jika tuan-tuan kata tok nenek kita bukan Adam dan Hawa, maka cuba beritahu saya. Jika tidak jumpa jawapan, maka terima dulu, terima hok ni dulu”.

(Nik Abd. Aziz Nik Mat. Ceramah Padang Perdana pada 20 Febuari 2008)


“Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangkan biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.”

(Surah al-Nisa’ ayat 1)

Jika disandarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abd. Aziz kepada surah al-Nisa’ seperti petikan di atas, dapatlah kita ertikan bahawa Allah mengajak umat Islam agar bersatu dan terus menghormati saudara-maranya walaupun dari kaum bangsa yang berbeza keturunannya. Kita semua berasal dari keturunan yang satu iaitu manusia ciptaan Allah yang pertama yang bernama Adam serta teman kesunyiannya di syurga yakni, Hawa dan baka asal kejadian kita adalah daripada tanah. Bermula awalan manusia inilah Allah mengembang biakkan zuriat manusia yang ramai di muka bumi ini. Jadi bertaburan manusia yang pelbagai lapisan kelompok adalah pada hakikatnya bermula dari kewujudan seorang manusia. Betapa Maha Suci Allah yang menjadikan manusia hidup di muka bumi ini tanpa putus-putus keturunan sejak diturunkan manusia pertama di dunia bersama pasangannya sehinggalah berakhirnya alam fana’ini. Manusia berkembang melalui masa yang panjang. Manusia bergerak bertebaran ke seluruh pelosok alam menjangkau faktor geografi, iklim, suasana tempat sehingga melahirkan pelbagai bangsa, rupa, warna kulit, budaya , bahasa dan agama. Semua itu membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana kalam-Nya:

Surah a-Rum:22

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, serta perbezaan bahasa dan warna kulit di kalangan kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar mengandungi hujah dan keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Di sinilah Islam menyedarkan kita bahawa kita betapa diikatkan dengan tali persaudaraan. Allah sendiri yang mengikat hati-hati manusia dari keturunan yang satu walaupun mereka berada beribu-ribu batu jauhnya antara satu sama lain serta berbeza hidup zaman berzaman. Menurut sebahagian dari ayat satu surah al- Nisa’ yang dipaparkan tadi, dapatlah kita fahami bahawa Islam bersifat global(a’alamiyah). Diingatkan bahawa Islam bukan hanya tertumpu dalam kelompok muslim sahaja tetapi Islam mempunyai hubungan yang lebih jauh daripada itu sebab itulah Islam bersifat universal yang merangkumi hubungan umat Islam sesama Islam dan hubungan Islam dengan orang bukan Islam. Jika Islam tidak bersifat a’alamiyah ,maka sudah pasti dakwah Islam tidak akan kesampaian kepada umat Muhammad yang hidup pada hari ini serta tiada usaha dakwah kepada non muslim yang kita sasarkan. Ini dapat dibuktikan bahawa permulaan dakwah Islam baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah mengajak orang bukan Islam kepada megenal dan mengesakan Allah. Lantaran itu, Islam adalah agama persaudaraan sejagat maka baginda berpegang teguh kepada konsep ini dan ini bermakna dunia Islam telah membekalkan nikmat besar kepada umatnya di mana Islam telah diterjemahkan sebagai agama perpaduan, agama yang menjanjikan kedamaian dan persaudaraan. Di atas dasar inilah Islam mengatur hubungan mesra antara sesama manusia, hubungan baik di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Ketahuilah dan selamilah bahawa Allah menjadikan manusia yang pelbagai agama, jantina, warna kulit, bangsa, rupa dan keturunan bukanlah suatu agenda yang sia-sia tetapi adalah untuk mengajak manusia saling mengenali serta berkasih sayang sesama manusia dalam konteks hubungan kemanusiaan. Ini termaktub dalam kalam Allah yang cantik itu melalui surah al-Hujurat ayat 13.

Jelas ini menunjukkan Islam mengajarkan kepada ummatnya bahawa manusia perlu kepada taaruf (kenal-mengenali) untuk menghubungkan hati-hati persaudaraan sesama manusia agar kita saling dihormati, mampu menghakiskan sikap mencurigai antara satu sama lain dan memupuk rasa sayang-menyayangi.Sikap keakuan (ananiyah) atau berpuak-puak (a’sabiyyah), wajiblah dijauhi kerana ia mencetus perbalahan dan perpecahan sesama saudara yang lain sepertimana berlaku dalam sejarah pada zaman Arab Jahiliyyah yang mengagung-agungkan system kabilah sehingga mewujudkan kesan yang buruk. Kita dapati dalam situasi tersebut banyak berlakunya penindasan, kezaliman, kucar-kacir serta perbalahan yang melampaui batas norma-norma kemanusiaan. Tetapi, dengan kedatangan Islam yang suci telah memadamkan api perkauman dan permusuhan dan digantikan dengan jalinan persaudaraan yang menjamin keharmonian, keadilan, kesamarataan bahkan Islam menghormati agama anutan yang lain-lain.

Manusia yang dikurniakan pelbagai nikmat seperti kekayaan, takhta, pangkat, kebijaksanaan dan kemampuan yang luar biasa adalah tidak menjamin kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat bahkan tidak memberi apa-apa nilai di sisi Allah. Tetapi Allah memandang seseorang hamba-Nya adalah dengan taqwa yang ada padanya, itulah yang akan menjadi kita mulia di sisinya. Dasar taqwa yang tertanam dalam jiwa umat Islam inilah yang menjadi tunjang kepada kesatuan hati-hati persaudaraan sehinggakan mewujudkan hubungan yang era tantara satu sama lain. Dari titik tolak ini agama Islam menghormati agama anutan bangsa lain dan tidak ada unsur-unsur paksaan dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup kepada golongan non muslim. Umat islam perlu menjaga hati serta adat-adat dan budaya yang diamalkan oleh agama lain bagi mewujudkan hubungan mesra serta kedamaian antara satu sama lain. Ini penting dalam konteks metod dakwah agar matlamat dakwah tercapai.

Dalam membicara tentang persaudaraan dan perpaduan ini, wajarlah kita memandang situasi yang berlaku di sekeliling kita. Kita bukan hanya hidup dengan satu agama dan satu bangsa tetapi kita mempunyai hubungan dengan orang bukan Islam. Saya tinggalkan soalan untuk kita fikir bersama; apakah tanggapan kita terhadap golongan seumpama ini dan apa pula pandangan mereka terhadap diri kita yang mengaku sebagai orang Islam dan bangsa Melayu ini? Adakah di fikiran kita mempunyai satu perasaan curigai dan mindset bahawa golongan ini perlu kita jauhi serta memandang jelek terhadap mereka? Sebenarnya awal-awal lagi saya perkatakan dalam tulisan ini bahawa Islam adalah agama persaudaraan bukan permusuhan. Kita perlu menunjukkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama. Tetapi boleh dikatakan menjadi isu terbesar hal-hal yang berkaitan dengan perkauman yang disogok oleh penjajah kerana sekarang ini kita dapati keharmonian dan keamanan di sekeliling kita sudah pun tergugat. Kiranya tidak diambil langkah-langkah menangani isu ini sudah pasti kesatuan umat Islam akan rapuh dan lemah maka dalam pada masa inilah orang-orang kafir akan mengambil kesempatan dengan mudah untuk menjatuhkan Islam itu sendiri. Jadi bagaimanakah kita dapat memecahkan tembok perkauman yang tebal ini sehinggakan isu ini menjadi dasar pejuang kebanyakan parti-parti politik kebangsaan. Mereka bergerak dari jalur-jalur kepuakan yang berasingan sehinggakan mencetuskan perbalahan serta berlumba-lumba menunjukkan mana yang terbaik antara mereka.

Di sinilah maka kita kena menginsafi dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah bahawa dengan dasar inilah yang akan menjamin kemaslahatan ummat islam seluruhnya bahkan kita tidak akan rugi apa-apa pun. Bagi memecahkan isu perkauman ini adalah bermula dari individu itu sendiri untuk memula langkah bagi mengatasi permasalahan umat di dunia ini. Hal ini tidak akan tercapai sekiranya pemimpin Islam tidak memainkan peranan yang penting dalam mencari titik persamaan untuk menangani perkara tersebut.

Islam agama persaudaraan. Alangkah baik dan manisnya kira kita dapat berganding bahu memikul agenda yang membawa kepada kemajuan, kebajikan serta kekuatan sesebuah Negara tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, lebih indahnya lagi kiranya kita dapat mengambil manfaat akan kelebihan serta keistimewaan yang dimiliki oleh bangsa lain tetapi beragama Islam untuk sama-sama menyumbang kebaikan dan kemaslahatn kepada sesebuah Negara. Bak kata-kata Menteri Besar Kelantan yang berbunyi begini:

“Orang Cina, saya sebut lebih cerdik dari orang Melayu. Kesihatan orang cina lebih tinggi dari orang Melayu, kekayaan orang Cina lebih tinggi dari orang Melayu. Orang yang begini kalau boleh bimbing Islam saya kata lebih baik.”

“Biar orang Cina (Islam) memimpin Islam di Malaysia ini, biar orang Melayu turut. Bagi saya tak apa. Bagi saya, orang Cina, orang Melayu adik-beradik semua, anak (Nabi) Adam semua. Tak ada dalam kepala saya Cina, Melayu. Saya jalan tengok Islam, masyarakat Cina , Melayu..Cina yang mempunyai pengalaman lebih banyak dari orang melayu, kesihatan yang lebih baik kekayaan dia lebih tinggi pengalaman dia lebih luas, cina muslimlah yang memimpin Islam”.

....Wallahu a'lam...


Wednesday, October 8, 2008

Akhlak Anak-Anak Perlu Dibentuk

1 comments

AKHLAK ANAK-ANAK PERLU DIBENTUK

Kesan pendidikan akhlak merupakan satu kayu ukur kepada kejayaan ibu bapa mendidik anak-anak. Jika akhlak anaknya baik, maka masyarakat akan menganggap bahawa dia telah berjaya mendidik dan membentuk anaknya. Sebaliknya, jika akhlak si anaknya itu bobrok, segala kesalahan dan kelemahan akan disasarkan kepada ibubapa yang dianggap gagal mendidik anak-anak. Senario ini berlaku kerana pendidikan akhlak memberikan kesan langsung kepada tingklah laku anak-anak yang boleh disaksikan oleh masyarakat.

Di sini dibincangkan beberapa akhlak yang asas untuk diserapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Pertamanya, anak-anak perlu dilatih untuk bersifat jujur dan benar. Mereka perlu memahami bahawa berbohong, tidak memberitahu perkara sebenar, menyembunyikan kesalahan adalah kesalahan-kesalahan besar. Mereka juga perlu diyakinkan bahawa orang yang berbohong adalah orang yang jahat dan tidak akan selamat. Mereka perlu diyakinkan bahawa Allah mengetahui segala apa yang berlaku dan dia sama sekali tidak boleh menipu Allah. Anak-anak perlu diingatkan tentang azab neraka dan siksaan pedih ke atas mereka yang berbohong. Di samping itu, anak-anak yang berani mengaku melakukan kesalahan perlulah dipuji dan dihargai. Sifat benar ini perlu dipupuk walaupun dalam sekecil-kecil perkara.

Selain itu, anak-anak perlu dilatih supaya menjadi seorang yang rajin, bersungguh-sungguh dan cekap melakukan sesuatu. Sejak kecil anak-anak perlu diajar menjadi seorang yang ringan tulang. Kerja-kerja asasi untuk keperluan sendiri seperti mengemas tempat tidur, membasuh pinggan, menyusun buku-buku sekolah dan lain-lain eloklah dilakukan sendiri oleh anak-anak. Kaedah jadual juga boleh dibuat bagi mendisiplinkan anak-anak dengan kerja-kerja rumah. Ringkasnya, anak-anak perlu sentiasa dilatih untuk rajin membantu dan mempunyai tanggungjawab untuk mencantikkan rumah.

Anak-anak juga perlu dididik agar menjaga tutur kata kerana ia merupakan satu manifestasi penting kepada kesempurnaan akhlak. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Cara perbicaraan, perkataan serta mauduknya amat penting diperhatikan oleh ibu bapa. Alangkah cantiknya jika si anak berbicara dengan sopan, manis dan petah. Ibu bapa juga perlu memantau cara anak-anak memanggil sesama adik-beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Galakkan mereka menggunakan bahasa panggilan yang mesra dan sopan. Teguran yang segera dan berhemah perlu diberikan jika anak-anak menggunakan lidah mereka untuk mengeji, mengumpat dan memfitnah. Bahkan galakkan mereka menggunakan lidah untuk memperbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran . InsyaAllah dengan kaedah ini anak-anak akan lebih terdorong untuk membentuk peribadi mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.. Wallahu A’lam..

Tuesday, October 7, 2008

Kobarkan Semangat Menentang Yahudi Laknatullah 'Alaihim

0 comments

Yahudi adalah bangsa pembohong. Mereka adalah bangsa yang gemar mengkhianat dan melanggar berbagai perjanjian dan kesepakatan. Mereka gemar menutupi kebohongan dan memutarbalikan kata-kata. Mereka gemar merampas hak-hak manusia secara zalim. Mereka gemar menbunuh para nabi dan orang-orang salih. Mereka adalah bangsa yang paling keras permusuhannya terhadap kaum Mukmin.

Penduduk Palestin telah lama menderita akibat perilaku buruk Yahudi, yakni sejak lebih dari 50 tahun yang lalu. Oleh kerana itu, berbagai aktivitas kesyahidan (istisyhadiyah) yang dilakukan untuk melawan orang-orang Yahudi sebagaimana yang terjadi di Palestin adalah tindakan yang dibenarkan oleh syariat. Palestin seluruhnya merupakan medan perang, baik wilayah yang telah dirampas oleh Yahudi pada tahun 1948 mahupun setelahnya.

Apabila dikatakan kepada mereka (pemimpin Arab), “ Apa yang kalian tunggu? Mengapa kalian tidak segera berperang ketika musuh-musuh kalian merampas tanah-tanah kalian, membunuhi saudara-saudara kalian, menampar wajah-wajah kalian…?
Mereka menjawab, “ Kami tidak sanggup, kerana musuh lebih kuat berbanding dari kami..”

Akan tetapi, mengapa kalian tidak pernah mempersiapkan diri, padahal kalian memiliki kekuatan berupa sumberdaya manusia, harta kekayaan, tanah yang luas, sejarah yang cemerlang, risalah ilahiah dan akidah yang mengajarkan kesyahidan? Menagpa orang-orang Yahudi yang pengecut, yang paling mencintai kehidupan serta yang pada masa lalu Negara mereka muncul di atas secuil tanah denagn penduduk yang sedikit, terusir dari berbagai tempat dapat wujud? Mengapa mereka boleh lebih kuat dibandingkan denagn seluruh bangsa Arab, bahkan mereka mampu menetang seluruh ummat Islam?

Ketahuilah bahawa tanah Palestin seluruhnya merupakan tanah Islam yakni merupakan tanah kharajiyah (taklukan) yang diserahkan kepemilikannya kepada Baitulmal kaum muslim. Mereka tidak berhak untuk melepaskan sejengkal pun tanah itu kepada Negara-negara asing yang kafir.

Allah juga mewajibkan saudara agar segera menghancurkan institusi Yahudi yang telah menodai Islam dan kaum muslim hingga saudara mengembalikan kemuliaan Islam dan sejarah kepimpinannya yang agung. Apabila saudara melakukan hal demikian, amal-amal saudara itu akan dicatat dengan tinta emas di dunia dan dengan huruf-huruf yang terbuat dari cahaya di akhirat kelak. Sebaliknya, apabila saudara terlambat dan lalai, saudara akan menanggung balasan dari sikap diam saudara, sementara kehinaan dan kerendahan di dunia dan di akhirat sudah pasti akan menimpa saudara. Semua itu jelas merupakan kerugian yang sangat nyata.

Proses Pembentukan Usrah Solehah

0 comments

Proses pembentukan usrah solehah akan menjadi perkara yang mudah dilakukan sekiranya diberi perhatian di peringkat awal lagi.Oleh itu hendaklah dirancang keluarga tersebut dan dibentuk agar mudah menjadi keluarga bertaqwa sejak dari proses peminangan,hantaran,kenduri kahwin,permulaan hidup berumahtangga dan seterusnya hendaklah kesemuanya itu melambangkan kepatuhan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Kahwin merupakan sunnah Rasulullah saw dan menjadi tuntutan agama Islam bagi mereka yang mencukupi syarat-syarat untuk berkahwin.
Sabda Rasulullah saw :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغصى للبصر وأحصى للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له دجاء.

“Wahai golongan muda,barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari segi kesihatan dan harta hendaklah berkahwin, maka sesungguhnya (kahwin) menundukkan pandangan dan memelihara maruah,dan sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa,maka sesungguhnya puasa itu dapat membendung nafsu syahwatnya”.
Sabda Rasulullah saw :

فمن رغب عن سنتى فليس منى

“Maka sesiapa yang benci kepada sunnahku (berkahwin) maka dia bukanlah daripada golonganku”.

Di antara faedah perkahwinan :

1. Mendapat anak dan mengembangkan zuriat.
2. Memecahkah nafsu.
3. Mentadbir rumahtangga dengan sempurna.
4. Membanyakkan waris.
5. Mujahadah nafsu.

Perkahwinan hendaklah berasaskan Islam bukan kerana nafsu semata.Sebelum mendirikan rumahtangga,seorang lelaki atau perempuan hendaklah bijak memilih pasangan masing-amsing.Justeru itu,apabila kedua-dua pasangan tersilap langkah pada peringkat awal ini,maka ia gagal mewujudkan usrah solehah.

Sifat-sifat perempuan yang hendak dipinang :

1. Bertaqwa.
2. Baik akhlaknya.
3. Perawatakan kemas.
4. Sedikit maskahwin.
5. Perawan (anak dara).
Hadis Rasulullah saw berbunyi :

عليكم بالأبكار فإنهم أعذب أفواها وأنقى أرحاما وأقل خبا وأرصى باليسير

“Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan (anak dara) kerana sesungguhnya mereka itu lemah lembut tutur katanya,boleh melahirkan anak yang ramai kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang sedikit”.

6. Keturunan yang ramai anak.
7. Keturunan yang baik.
8. Bukan keluarga yang dekat.
Sabda Rasulullah saw :

لا تنكحوا القرابة فإن الولد يخلق ضاويا
“Janganlah berkahwin dengan kaum kerabat yang dekat,sesungguhnya anak yang akan lahir daripadanya akan menjadi lemah badan dan lemah akal”.

Sifat-sifat suami yang soleh :

1. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya.
2. Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah makan minum,pakaian,tempat tinggal serta perabut anak isteri.
3. Kasih sayang,mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka.
4. Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah (pengaduan) serta bertindak segera tanpa usul periksa terlebih dahulu.
5. Tidak gemar memandang perempuan-perempuan lain.
6. Tidak gemar bergaul dengan perempuan-perempuan lain.
7. Tidak melakukan maksiat seperti minum arak,berjudi dan sebagainya serta tidak membuang masa dengan kerja yang sia-sia.
8. Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
9. Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
10. Cemburu dalam hal yang mendatangkan maksiat terhadap dirinya,anak dan isterinya.

Suami yang soleh ialah mereka yang mengutip menimba contoh telaga qudwah yang tidak pernah kontang,iaitu qudwah Rasulullah saw.

Tanggungjawab kedua ibu bapa terhadap anak :

- Kedua ibubapa hendaklah menitik beratkan didikan anak-anak dengan didikan Islam semenjak kecil lagi.


Firman Allah swt:

قال الله تعالى : "قوا أنفسكم وأهليكم نارا"
“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka”.

Hadis Rasulullah saw :

مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه.
“Tidaklah anak yang dilahirkan itu melainkan dilahirkan di dalam keadaan fitrah.Maka kedua ibubapanyalah yang akan mengyahudikannya atau mengnasranikannya atau memajusikannya”.

- Kedua ibubapa hendaklah menghantar anak-anak ke pusat pengajian yang berunsurkan Islam seperti tempat pengajian Al-Quran,bahasa arab,hadis dan ilmu duniawi yang sesuai dengan Islam.
- Hendaklah menjauhi anak-anak dari tempat-tempat syubhat,maksiat dan jauhi daripada kawan-kawan yang tidak berpendidikan.
- Kedua ibubapa hendaklah menjadi contoh yang baik kepada anak-anakanya.
- Kedua ibubapa hendaklah memberi dorongan dan galakan kepada anak-anaknya agar berjihad ke jalan Allah dan tidak merasa sedih dengan kematian anaknya syahid di medan jihad.Hendaklah berjiwa waja seperti kisah seorang ibu; “khansa” – ketika kehilangan ketiga-tiga anaknya gugur di medan jihad,beliau menangis kerana tidak ada anak lagi yang dapat memberikan saham untuk berjuang fisabilillah.Dan sebagaimana kisah Sayyidatina Asma’ bte Abu Bakar yang memupuk semangat berani berjihad dan sanggup syahid kepada anak kesayangannya Abdullah Bin Zubair.Beliau berkata : “Wahai anakku…sesungguhnya seekor kambing yang sanggup disembelih tidak akan merasa sakit walaupun kulitnya dihiris”.

Kesenian daripada perspektif Islam

0 comments


Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Sebab itulah berhibur tidak salah, yang salah apabila salah memilih hiburan. Seni dalam Islam mengutamakan daya intelektual dan ciri-ciri didikan berbanding emosi secara berlebih-lebihan kerana seni bertujuan untuk mendidik fitrah manusia agar sentiasa tunduk akan kebesaran Pencipta dan kekuasaan-Nya. Ini terbukti apabila kalam Allah menjadi satu daripada unsure seni yang amat tinggi nilainya dan tidak dapat dibidas oleh hasil seni lain.

Persoalan tentang hukum seni (muzik dan nyanyian) mempunyai jawapan yang berbeza dari kebanyakan orang Islam. Terdapat tiga pandangan berhubung isu ini. Pertama: menyatakan semua bentuk nyanyian dan muzik adalah halal berdasarkan konsep ia merupakan anugerah Allah untuk dinikmati oleh manusia. Pandangan kedua: berpendapat ia haram, sebahagian daripada senjata syaitan dan memesongkan aqidah umat Islam. Pandangan ketiga: adalah datang dari kumpulan yang diibaratkan lalang, adakalanya berada dalam kumpulan pertama adakalanya berada dalam kumpulan kedua. Bagaimanapun mereka yang berada dalam kumpulan ketiga ini adalah mereka yang ingin mengetahui panduan sebenar kedudukan seni dan nyanyian dalam Islam.

Walaubagaimanapun Islam telah menggariskan beberapa peraturan dan panduan agar tidak melanggari ajaran agama. Ia boleh dibahagikan kepada dua konsep utama:
1) Untuk memenuhi tuntutan jasmani sebagai satu bentuk riadah yang diharuskan.
2) Untuk memenuhi keperluan rohani manusia agar tenang dan terhibur.

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

1 comments

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

KePenTinGan Dua KaLimAh sYahaDah

0 comments


Kepentingan Dua Kalimah Syahadah

Menjadi peranan kita sebagai muslim untuk menyebarkan kepentingan kalimah syahadah agar benar-benar memahami konsep dan pratikal kalimah tauhid ini. Kadang-kadang kita tahu mengungkapkan bahawa Allah itu wajib diabdikan diri dan Muhammad itu mesti diikuti. Akan tetapi kita jarang sekali mahu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak menjadikan Nabi SAW sebagai sumber ikutan.

Kenapa Bersyahadah itu penting?

Tidak lain ia adalah pintu masuk ke dalam Islam. Hal ini kerana sah iman seseorang adalah dengan menyatakan syahadah. Kesempurnaan iman individu adalah bergantung kepada pemahaman kalimah syahadah. Ia membezakan antara muslim dengan kafir. Selain itu, dikatakan kalimah syahadah itu penting kerana ia merupakan intisari ajaran Islam, Hal ini kerana pemahaman seorang muslim terhadap Islam bergantung kepada pemahaman terhadap kalimah syahadah. Perkataan La ilaha illa Allah merupakan penerimaan perhambaan kepada Allah dengan melaksanakan aturan-aturan yang telah ditetapkan-Nya. Bagi pernyataan Muhammad Rasulullah pula bermaksud penerimaan cara penghambaan itu daripada Nabi Muhammad SAW. Baginda menjadi teladan dan ikutan dalam minhajillah. Dan pastinya, penghambaann kepada Allah ini meliputi seluruh aspek kehidupan . Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Kalimah syahadah ini penting bagi kita untuk fahaminya kerana ia adalah hakikat seruan para Rasul. Setiap Rasul bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah Muhammad SAW sentiasa mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Akhir sekali, kepentingan kalimah syahadah ialah dengan adanya kalimah tauhid dalam diri maka kita pastikan beroleh ganjaran di dunia mahupun di akhirat. Nabi pernah bersabda “ Allah SWT akan menghindarkan neraka bagi mereka yang mengucapkan kalimah Syahadah.” Kita bukan sahaja akan bahagia di dunia bahkan mendapat syurga Allah di akhirat. Melalui syahadahlah dapat membantu kita dalam menggapai kejayaan yang diidamkan bagi setiap insani. Jadi apabila kita telah mengetahui kepentingan syahadah ini, marilah kita sama-sama menghayatinya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template