Sunday, December 27, 2009

Menjengah kembali

0 comments









Allahu yusallimukum..



Dirafa’kan kesyukuran yg tidak terhingga kpd Rabbul Jalil krn msh memberi nikmat ISLAM dan IMAN tuk hambaNya..Buat sekian lamanya tidak dititipkan kalam di ruangan maya ini setelah hampir tujuh bulan saya tinggalkan.Menyepi di sini bukanlah bermakna saya tiada di ruang maya mahupun di alam nyata ini yg sememangnya Allah masih lg memberi peluang utk sy menghirup udaraNya dlm meneruskan perjuangan mardhatillah.Alhamdulillah.. Bukanlah diri ini sengaja tetapi semangat yg kental dulu untuk memeriahkan misi dakwah di sini seringkali tenggelam timbul di jiwa yg lara ini. Terasa seribu kekesalan dan terkilan akan sikap yg tidak enak ini kerana membiarkan hati makin lesu dengan kalam dan ilham yg Allah anugerahkan serta tidak mengerahkan fikiran untuk memberi manfaat kpd org lain mahupun diri sendiri..saya berfikir sejenak mengapa jadi mcm ni? Mungkin lantaran situasi sy yg berbeza skrang ini dgn situasi sebagai seorang penuntut dulu membuatkan hilang kemoodan sy selama ini. Sebetulnya fenomena ini tidak patut berlaku dan sy sememangnya berusaha utk tidak terjadi seperti ini.











Kini, sy cuba untuk berdiri teguh di sini walau suasana tarbiah kampus telah ditinggalkan. Saat ini, utk pengetahuan shbt2 sy skrg berusaha utk ditempatkan di mana2 dunia pekerjaan memandangkan agenda sy selepas habis belajar baru2 ini adalah mencari sesuatu pekerjaan yg dapat memberi keuntungan dunia dan akhirat. Tetapi buat masa ini Allah belum memberi apa2 rezeki lg kpd sy selepas berhenti dr mengutip pengalaman sebagai pendidik di sek kafa beberapa bulan bru2 ini ats sebab2 tertentu. Pabila ditanya, kenapa tidak sambung terus saja MA? Kan molek je dgn umur yg masih muda lagi skrng ni? ( aik muda lg ke ni)hehe. Sy hanya mampu tersenyum dan menyatakan insyaAllah masa itu akan tiba nanti ttpi bukan dalam ms terdekat ini. Bukannya sy tidak inginkan dan tidak gembira melihat shbt2 sy yg menyambung pelajaran ke peringkat master tetapi masanya bukan saat ini. Apa yg semampunya adalah doa mengiringi perjuangan kalian serta mendoakan agar diri ini turut sama menjejak misi kalian.Ameen.



Buat shbt2 seperjuangan:




  • uda, ucu(dua2 my ex-roomate), jat, k.ha’, ustzh aini, ukht nisah(aura imtiyaz-caiyyok) dan shbt seangkatan dgnnya yg menyambung master teruskn usaha yg gigih menimba ilmu dan pulang dgn segulung ijazah sarjana dgn mumtazah.InsyaAllah.


  • Along n leli yg mendapat jQaf selamat berkhidmat sebagai pendidik sekaligus pendakwah kepada anak bangsa (ummat) utk mengenal al-Quran dan al-Hadis.moge berjaya nanti.InsyaALLAH.


  • Adeq, alang, angah n ukht mila: teruskan dengan profession yg antunna miliki sekarang ini dengan jayanya..Misi mengeluarkan ummat dr kegelapan menuju cahaya makrifah.


  • Mantan ydpah, ty yg comel n sha cute: sedang mencari n msh menunggu panggilan kerja diharapkan berusaha tanpa jemu, bersabar menanti krn rezeki Allah adalah pasti.Gdluck.


  • aChik(amalina): moge hr2 yg dilalui makin bersinar untukmu dan dapat menyambung pengajian untuk tahun akhir dengan jayanya.InsyaAllah..janji Allah juga pasti. Allah yubarik alaik.




  • ateh(mine): tiada apa yg istimewa untuk dinukilkan di sini melainkan sekudus doa yang dipanjatkan kpd Ilahi agar hr2 yg dilalui dibaluti dengan rahmat serta keredhaan Allah selalu. Kalam Allah juga pasti.La tahzan..InNaAllaha Ma’ana..Alhamdulillah..(‘’,)





iLal Liqa’ fil musTaQbal..iNsyaAllah(^,~)


BaitiJannati


27 disember 2009


12:51 pm

Friday, May 29, 2009

sahabat..kutinggal jua

0 comments

saat bersamamu akan bertemu noktahnya..sebuah pertemuan di bumi ini akan dilamar detik perpisahan..di sinilah dikau byk mertarbiah mengenal akan erti kehidupan sebenar..bermula 1hb 7 06 aku mula menginjak kaki di sini mencari setitis ilmu yg berharga, mencari persahabatan, mencari perjuangan, mencari pengalaman, mencari hakikat diri, mencari erti cinta, mengenal erti pengorbanan, memahami erti istiqamah dan yg penting menyedari diriku akan permusafiran ini untuk mencari keredhaan Allah..semoga ia terus mengiringi setiap langkah ku dan setiap detik nafasku..hari ini 29hb Mei 09, ku mula tinggalkan bumi perbukitan ilmu ini dengan 1002 kenangan yg sempat dilakar dan disemat dengan sebuah harapan bhw perjuangan ini bukanlah dihenti di sini sedangkan perjuangan sebenar adalah baru bermula selepas ini..sahabat2 terutamanya AB22: along, angah, uda, alang, adik, ucu, ydpah, ateh(diriku) dan ab2 lain: sha,ty, hajar,karmila dll..tidak dilupa juga kepada shbt2 upta..terima kasih ats segala..sukarku untuk menterjemahkan penghargaan yang xterhingga ini dan perasaan di hati ini kerana kalian adalah terbaik yg pernah ku temui..inginku menterjemahkan dirimu satu persatu di sini tp diriku kesuntukan masa..akan ku cuba juga suatu hari utk menukilkan dirimu..buat achik, aku merinduimu..aku mengagumi dirimu...sukar bertemu dgn insan setabah dirimu..smoga kau bertambah sihat..kau sentiasa dlm doaku..

Ya Allah..tabahkanlah hatiku menghadapi detik perpisahan ini..bertemu dan berpisah kerana Allah..ketahuilah sebenarnya aku menyayangi kalian fillah..

ebtisam
29 Mei 2009
9.23 am
KTHO,UKM




Friday, May 8, 2009

~masanya sudah tiba~

1 comments


“Ty, sayangnye nak packing brg2 kat dlm bilik ni. Mcm xnak je kemas2 brg sume ni..”luahan hati sy pada sorg shbt ni yng bertandang pada mlm terakir sebelum check out esokkn hr.huhu

Tapi luahan sy tidak bersambut..mybe dia pun turut sama merasai apa yang menggelodak di hati sy ni. Sebenarnyan sy sedih nk menghadapi saat2 sukar sebegini kerana penghujung semester terakhir sudah pun berkunjung tiba. Lalu sy pun mengambil peluang untuk bergambar sakan setiap sudut yang ada dlm bilik yg comel ini(padahal xcome pun org len tgk, tp sy tgk comel..he2) utk abadikan masa akn dtg. Biarlah org nak kata apa pun,dah buang tabiat kot..huhu. Sbnrnya pada mlm ni sy xde semangat untuk mengemas kesemua brg2 yg ada ni utk dibw balik ke kg halaman kerana sy xbersedia lg utk berpisah dengan ukm..terlalu bnyk kenangan yang sempat dilakarkan di hati ni. Hany Allah saja yang tahu..huhu..Tp sy perlu juga teruskan kerja2 mengemas barang mlm ni jgk dan sambung keesokkan hari kalu tak siap kerana masanya sudah smpi..sy msti tabah n kuat..

Tiba-tiba terasa ada sedikit kekuatan yang Allah campakkan ke dalam diri sy. Diri sy mula berfikir sejenak, merenung kembali, bermuhasabah sekejap. Knape sy perlu sedih, perlu mengingati suatu kenangan yg lepas, padahal suatu yang sudah lepas xkan kembali sedangkan hari2 akan datang pasti menjelma Cuma kita tidak boleh pastikan apa yang akan berlaku msa akn dtg. Tp yg pasti kita boleh merancang dan berusaha, selebihnya Allah jua yang merencana semua ini. Hati sy berusaha mentazkiyah dengan kembali kpd hakikat kehambaan kpd Tuhan. Hidup di dunia ini sebagai tempat persinggahan yang mana kita akan berhenti sekejap dan kemudian akan teruskan perjalanan ke destinasi yang abadi. Jadi disebabkan hidup kita sebagai perjalanan inilah membuatkan kita akan mencari bekalan yang secukupnya agar kita berjaya sampai ke tempat abadi yang penuh kebahagiaan. Jadi apabila menyedari tentang siapa diri kita sebenar ini mendorong untuk sy menganggap bahawa tidak selama2nya sy akan berada satu2 tempat tidak kiralah tempat itu banyak mentarbiah diri ini, mengajar erti persahabatn, dakwah atau ape2 sajalah yg dapat memberi manfaat untuk diri sy sendiri, kerana tempat yag kita lalui ini hanyalah berupa destinasi persinggahan. Suatu persinggahan itu akan berakhir apabila peranan kita sudah diselesaikan dan manfaat pun sudah diperolehi, maka selepas itu kita akan teruskan perjalanan kita ke fasa yang seterusnya. Selagi kita dapat berjalan di muka bumi rebutlah peluang di mana2 sahaja bagi mencari suatu yang berharga dan mamfaat untuk kesejahteraan di dunia dab di akhirat.

Dengan mengemukakan analogi mudah itulah membuatkan sy bangkit semula dan perlu bersemangat dalam menghadapi hr2 akan dtg kerana pasti akan ada suatu yang lebih berharga dari ini yang sedang menunggu sy nanti. Jadikan saat yang berlalu itu sebagai kenangan yang sempat diukirkan dan layak utk diingati dengan harapan semoga ia dpt menjadikan diri kita ini mampu bersedia hadapi cabaran2 yang akan dtg selepas ini. Bukanlah ia menjadi pelemah semangat,ttp pencetus semangat masa depan. Sejarah yang lepas boleh dijadikan sama ada pengajaran untuk diikuti atau menjadi sempadan utk ditinggalkan.

Itulah yang sempat sy kongsikan dengan shbt sy sorang ni bagi mengubati hati yang sama2 berduka agar dapat meraih smgt dan kekuatan.Terima kasih yang tak terhingga pada shbt sy,Tiy kerana sudi datang ke bilik temankan sy pada mlm terakhir sebegini memandangkan rumet sy tiada di sisi. Syukran byk2 walaupun sy tahu sekarang ni kita duk rush ngn tesis bg pastikan siap dlm tempohnya. Dan tempohnya pun sudah hampir ke titik nokhtahnya..huhu.


ebtisamsufi
KKM,UKM
09 mei 09/01.00am

Monday, May 4, 2009

Puisi Untuk Mu

0 comments

Ku tuju lagu ini buat sahabat seperjuangan khususnya Ab_UKM
Di saat dirimu ketandusan kata-kata
Kau datang menjelma membawa cahaya
Kau membawa sinar untukku
Teruskan kehidupan yang penuh dugaan & cabaran
Kasihmu mekar di hati
Tarbiah di bumi ini dengan keindahan pekerti
Seindah pelangi..
Indahnya Ukhuwwah
Tanpa terpalit rasa sifat mazmumah antara kita
Kerdipan cahaya akan ku kenang jasa
Kenangan bersama antara kita..
Kalian hebat..mantoop
dirimu dalam memoriku"
5 MEI 09
12.36am

Friday, May 1, 2009

~Bukanlah misi terakhir bagi pencinta ilmu~

1 comments


Pejam celik pejam celik,siang bertukar malam malam bertukar siang, waktu tetap berjalan tanpa menunggu kita, satu persatu exam aku telah lalui dan kini hanya tinggal satu paper lagi perlu aku tempuhi dan berjuang..yang pastinya aku berusaha untuk melakukan terbaik dalam kertas terakhir dan ujian yang terakhir dan semester yang terakhir ini..pasti aku akan manfaatkan masa dengan sebaik2nya dan mengoptimunkan peluang utk berdamping dgn buku2 di maktabah atau di bilik dan mengajak teman2 berbincang bagi menghadapi subjek terakhir ini..pasti menjadi kerinduan dihati ini pada masa akan datang..kerana situasi yang menyeronokkan itu akan kutinggalkan dan tidak dapat mengulangi lagi suasana menjadi insan yang bergelar talibah di ukm ini..namun apakah yang dimaksudkan dengan kalimah terakhir ini bagiku..adakah noktah perjuangan ku akan terhenti di sini sahaja..oh tidak…itulah hasratku dan keazamanku untuk menghabiskan waktu di bumi ukm dalam mencapai segulung ijazah dengan melakukan yang terbaik dan cemerlang setiap perkara.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tapi bagi pencarianku yang sebenar bukanlah ia menjadi misi yang terakhir di sini setelah bergelar graduan nanti kerana seorang hamba yang mencintai ilmu menyedari bahawa ilmu Allah ini amat luas dan tidak pernah kehabisan. Apa yang ditempuhi bermula peringkat bawah sehinggalah berada di menara gading ini hanyalah sebagai wasilah untuk mendapat ilmu ke peringkat lebih tinggi. Tidaklah bermakna dengan tempuhi fasa degree, master sehingga PHD atau sudah bekerja pencarian ilmu telah berakhir kerana kehidupan itu satu pelajaran satu pengajaran.Ilmu itu sentiasa ada dicelahan kehidupan. Tiada istilah berhenti daripada pembelajaran kerana setiap hari kita lalui akan belajar suatu yang baru sehingga pencarian terakhir akan bertemu di liang lahad sebagaimana kata2 hikmah “tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”..Persoalannya adakah benar2 ilmu yang kita tadahi ini dapat dihayati dalam kehidupan kita ini atau sekadar ilmu di atas kertas sijil saja.. Banyak manakah usaha kita untuk menambahkan ilmu kita??Jangan terus jemu dan cepat berpuas hati dengan mencari mutiara2 ilmu yang berlegar2 di bumi Allah ini untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat..sabda Nabi “Sesiapa yang merintis jalan utk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.” Pesanku bersama walau status dan situasi kita berbeza sekalipun selepas ini jangan jadikan pencarian ilmu akan terhenti dan melenyapkan sebuah perjalanan sang hamba. Teruskan usaha walau cabaran datang setiap penjuru..Ilmu dan iman mendidik hati kita mengenal Allah dan hakikat hambaNya..

ebtisam: Ingat nak tadah ilmu di pondok sementara tunggu grad..insyaALLAH..ameen.Hayya ma’an(“,)
ukm
1 mei 09/02:21am

Thursday, April 23, 2009

@@rela ditarbiah untuk mentarbiah@@

0 comments
Alhamdulillah, selesai sudah satu paper yang aku lalui pada pukul 12 tengah hari tadi. Aku keluar dari dewan peperiksaan dengan nafas lega dan tersenyum kesyukuran tetapi bukannya gembira kerana confidentnya aku dapat jawab tetapi aku bersyukur kerana Allah menghadiakan daku ketenangan dalam peperiksaan setelah hatiku benar2 bertawakal dengan apa yang telah aku usaha dan berdoa..terasa luasnya rahmat ALLAH kepada hambaNya. Sebelum aku menghadapi peperiksaan aku sempat lagi telefon kat mak di kampung untuk mengkhabarkan buat kali entah ke berapa tentang nak exam hari ni dan minta doa restu agar aku diberkati oleh Allah..insyaAllah..tenang juga hati ku bile dengar suaranya dan bersemangat pula melangkah ke medan imtihan pada hari ini..Sebenarnya apa yang aku lalui ini adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNya kerana aku tidak punya apa2 kekuatan melainkan dengan pemberianNya sehingga aku mampu bersemangat dan berdiri bagi meneruskan permusafiran hamba ini.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dalam mencari bekalan untuk menghadapi peperiksaan aku tiada masa banyak untuk mengulangkaji seperti orang lain. Kesibukan aku dalam berpersatuan dan kerje2 dakwah sebelum ini(walaupun dah pencen bulan 2 baru ni) membuatkan aku benar2 menghargai masa yang ada sedikit ini. Masa untuk pulun study betul2 hanyalah bila dah nak dekat exam..begitulah ragamku sejak dari sem2 lepas lagi dan situasi ini turut sama yang berlaku pada sahabt2ku..Terima kasih atas ukhuwwah yang terbina dalam mengharungi onak dan duri perjuangan.. Tapi aku tidak pernah menganggap kerje2 sebegini menghalang untuk aku maju dalam pelajaran bahkan aku bersyukur kerana aku antara orang yang terpilih berada di jalan tarbiah dan perjuangan di bumi UKM ini,,apa2 pun kembali kepada pasang niat yang betul dalam melakukan sesuatu kebaikan agar ada keredhaan dan berkat disebalik semua ini.aku benar2 meyakini dan berpegang dengan ayat ini “kiranya kamu menolong pada jalan Allah pasti Dia akan menolong kamu..”Ayat ini sememangnya memberi semangat kepada ku apabila bertembung antara situasi kehendak diri sendiri dan tuntutan perjuangan Islam. Jadi ayat ini akan menguatkan hatiku tatkala terpaksa menghadiri meeting saban malam biarpun waktu itu aku berhasrat nak bertapa di library atau pun study di bilik,atau situasi lain perlu ke program2 tarbiah yang diadakan tidak kira samada musim kuliah, musim cuti mahupun musim imtihan. Ini benar2 mendidik hatiku untuk kenal erti pengorbanan dan keikhlasan dalam menyerah jiwa raga pada jalan Allah..Semoga aku terus istiqamah dalam perjuangan ini dan merahmati setiap jejak langkah ku bg mencapai kebahagiaan fidDarain..Terima kasih ayahbondaku kerana mendoakan kesejahteraan dan kebaikan anakmu selama ini. Semoga Allah melindungi dan memberi nikmat kesihatan yang baik kepada kedua ibubapaku.. Ameeen..

Tuesday, April 21, 2009

..Dalam Dakapan Tarbiah Ilahi..

0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Tatkala ini aku sedang sibuk dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan paper pertama esok hari. Tapi hatiku meronta-ronta untuk menulis sesuatu di sini bagi menghilangkan rasa penat setelah berteleku mengadap nota-nota di meja study ni. Maklumlah nak berjuang habis-habisan demi sem terakhir ni,mudah2an Allah menghadiahkan kejayaan buatku dan sahabat2 seperjuangan. Aku baru lepas menghadapi praUjian yang benar2 menguji keimanan dan ketabahanku sebagai seorang hambaNya sebelum memasuki final sebenar 22/4 ini

Alhamdulillah skrng ni aku berada dlm kesihatan yang baik setelah hampir seminggu Allah mentarbiahku dengan menarik sedikit nikmat kesihatan..Entah la beberapa hari sebelum kelas terakhir berkunjung tiba badanku terasa serba xkena.terasa panas sejuk je dan tekakku rs pedih..aku terfikir tak sihatkah ku hari ni.tp ku buat tak tau je.minggu depan dah mula study week. Aku berhajat untuk menghabiskan minggu itu dengan menyiapkan tesis dan selang seli dengan ulangkaji pelajaran maklumlah exam dah nak dekat. Hati ku mula berkecamuk dan runsing sempat siapkah keje2 itu semua,terasa semua benda nak lakukan dengan cepat dan pantas.Masa itu emas..huhu..berbalik pada hari kelas terakhir dalam sem terakhir ini dalam dewan kuliah aku cuba memberi focus yang terbaik dari sebelum ini tetapi aku xmampu, di kepalaku mula berdenyut2 dan hidungku memerlukan sesuatu..alhamdulillah shbt disebelahku mghulurkan sehelai tisu kpdku..dia bertanya “awk xsihat ke hari ni?..”erm ntah la..mcm nak demam je..demam nak peksa kot.hehe” jwbku..alhamdulillah selesai juga kuliah last hari ni walaupun tumpuan ku kurang dalam kelas itu. Mudah2an Allah memberkati ilmu hari ini dan sebelum2nya..

Aku lalui minggu terakhir pengkuliahan dengan keadaan yang tidak sihat..Rupa2nya memang aku demam dan kali ni rasa demam sedikit teruk dari sebelum2 ini maybe aku jarang demam. Tambah2 pula batukku menjadi2 dan selsema juga tidak ketinggalan.. Ya Allah apakah ujian Kau berikan untukku kali ini..terasa byknya dosa selama ni..keinsafan mula menjenguk di sanubariku..Aku menghitung hari untk exam dan keje2 tesisku yng msih tertangguh kesudahannya lg..Sempatkah.. Ya Allah berilah kekuatan untukku terus berjuang.. Aku cuba pujukkan hati tatkala menghadapi tubuhku yang xsihat ni memungkinkan aku tidak dpt menyiapkan tesis dalam waktu yang telah dirancang dan xmampu untukku mengulangkaji pelajaran..Tapi kumenghalusi apa yang menimpaku skrg ini..aku lalui jalan tarbiah ini dengan berhusnu zhon akan ketetapan Allah dengan keadaan aku sakit ini sebenarnya memberi pelbagai hikmah yng tersembunyi, mungkin Allah ingin mendidikku dengan masa yang sesingkat ini agar aku dapat memnfaatkan dengan sebaik2nya. Dan membersihkan hati2 ku agar sentiasa berada dlm hidayahNya dengan ujian ini. Alhamdulillah..shbt2ku ada di sisi ku dan sering memberi kekuatan padaku. Dalam tempoh aku tak sihat ini aku kurang member tumpuan terhadap studyku kerana aku xmampu..Aku banyak rehatkan diri agar diri ni cepat2 sembuh dari demam..ingatkan dua tiga hari je demam rupanya berpanjangan hampir seminggu lamanya..Pada hari yang entah ke berapa, ada satu malam tu tiba2 mataku mngalami masalah, rasa silau di mata ku terlalu kuat dan kuperasan satu sudut pandangan mataku menjadi tak nampak..Ya Allah apakah ini.. aku mjadi takut tambah2 lg dalam menghadapi waktu sebegini..Aku cuba minta pertolongan dari shbt2ku agar dapat menenangkan keadaan ku yg makin teruk ..aku menangis..dan berdoa pada Allah agar mataku sembuh dan pulih seperti biasa..Wajah mak ayahku mula bermain di ruang fikiranku..terasa ingin berada di sisi mereka..Ya Allah,tabahkanlah hati ku tatkala ini..dalam pada masa itu,aku menelefon pada abangku yang berada di sekitar Bangi ini dengn memberitahu apa yang telah menimpaku..Kemudian dia datang membawaku ke klinik pada malam itu juga dan ditemani oleh shbt2ku kerana aku takut kalau terjadi ssuatu yang serius pada ku..Apa yang membuatku terharu dan sebak kelihatan abangku yang sorang lagi datang jauh dari KL dengan menunggang motor tambah2 lagi kehujanan dlm perjalanan semata2 ingin mengetahui keadaan ku sebenar dan memastikan aku selamat.. Maklumlah diriku yang berada jauh dengan keluarga.. Selepas dptkan rawatan, rupa2nya doc memberitahu masalah mataku ada bersangkut paut dengan tubuhku yang demam ni. Ianya menyerang sekejap sahaja pada malam itu. Patutla sebelum berlaku situasi itu ku rasa pening2 tambah2 lg aku kena hujan tatkala balik ke kolej padahal time tu aku lum sihat sepenuhnya lagi..

Apa-apa pun aku bersyukur kerana ujian yang ku lalui ini hanyalah sedikit Cuma untuk menguji kesabaranku dan pergantunganku pada Yang ESA..banyak pengajaran yang ku perolehi dari situasi yang kulalui ini..shbt2 ku telah banyak berkorban sepanjang aku sakit..dan abang2 ku juga tidak jemu2 memberi nasihat serta kekuatan padaku..Aku amat menghargai kebaikan pada insan2 yang telah berkorban untukku..terima kasih abang2ku dan shbt2ku..Jadi aku lalui study week dengan hati yang berpaksi kepada ALLAH atas ujian yang berbentuk tarbiah ini sebagai jalan membersihkan hati2 yang berkarat ini serta mendidik agar aku sentiasa dekat denganNya..rupa-rupanya baru kusedar kebergantungan dan keyakinan ku pada Allah belum cukup kuat lagi aku sandarkan padaNYA..dan Allah menghadiahkan ujian ini kerana Dia ingin mengetuk pintu keimananku agar aku tak tersasar dari jalan hidayahNya..Lantas ku teringat pada ayat kedua dalam surah al-Ankabut yang bermaksud “apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:Kami beriman.sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)” Aku menginsafi akan kekerdilan diri ku sebagai seorang hambaNya..Terima kasih Ya Allah atas cubaan yang kau berikan ini.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ya Allah..andai diriku resah,tenangkanlahhatiku dengan teduhan makrifahMu..andai diriku terancam lindungilah jasadku dengan kebesaranMu..andai tubuhku kedinginan selimutilah dengan kehangatan kasih sayangMu ..andai diriku merindu, rindukanlah jiwaku dengan saat bertemu denganMu..Ya Allah,jangan Kau biarkan hati,jiwa,jasadku terpesona dgn duniawi..khusyukkan jiwaku dalam rukuk dan sujud menghadapMu..Berikan kejayaan di dunia dan di akhirat..Ameen Ya Rabbal Alamin..

Ebtisam: ###tabahkan hatimu sekental hati mujahidah silam wahai insan yang bertuah ini###

21/4/09:13.15

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template