Friday, May 1, 2009

~Bukanlah misi terakhir bagi pencinta ilmu~




Pejam celik pejam celik,siang bertukar malam malam bertukar siang, waktu tetap berjalan tanpa menunggu kita, satu persatu exam aku telah lalui dan kini hanya tinggal satu paper lagi perlu aku tempuhi dan berjuang..yang pastinya aku berusaha untuk melakukan terbaik dalam kertas terakhir dan ujian yang terakhir dan semester yang terakhir ini..pasti aku akan manfaatkan masa dengan sebaik2nya dan mengoptimunkan peluang utk berdamping dgn buku2 di maktabah atau di bilik dan mengajak teman2 berbincang bagi menghadapi subjek terakhir ini..pasti menjadi kerinduan dihati ini pada masa akan datang..kerana situasi yang menyeronokkan itu akan kutinggalkan dan tidak dapat mengulangi lagi suasana menjadi insan yang bergelar talibah di ukm ini..namun apakah yang dimaksudkan dengan kalimah terakhir ini bagiku..adakah noktah perjuangan ku akan terhenti di sini sahaja..oh tidak…itulah hasratku dan keazamanku untuk menghabiskan waktu di bumi ukm dalam mencapai segulung ijazah dengan melakukan yang terbaik dan cemerlang setiap perkara.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tapi bagi pencarianku yang sebenar bukanlah ia menjadi misi yang terakhir di sini setelah bergelar graduan nanti kerana seorang hamba yang mencintai ilmu menyedari bahawa ilmu Allah ini amat luas dan tidak pernah kehabisan. Apa yang ditempuhi bermula peringkat bawah sehinggalah berada di menara gading ini hanyalah sebagai wasilah untuk mendapat ilmu ke peringkat lebih tinggi. Tidaklah bermakna dengan tempuhi fasa degree, master sehingga PHD atau sudah bekerja pencarian ilmu telah berakhir kerana kehidupan itu satu pelajaran satu pengajaran.Ilmu itu sentiasa ada dicelahan kehidupan. Tiada istilah berhenti daripada pembelajaran kerana setiap hari kita lalui akan belajar suatu yang baru sehingga pencarian terakhir akan bertemu di liang lahad sebagaimana kata2 hikmah “tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”..Persoalannya adakah benar2 ilmu yang kita tadahi ini dapat dihayati dalam kehidupan kita ini atau sekadar ilmu di atas kertas sijil saja.. Banyak manakah usaha kita untuk menambahkan ilmu kita??Jangan terus jemu dan cepat berpuas hati dengan mencari mutiara2 ilmu yang berlegar2 di bumi Allah ini untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat..sabda Nabi “Sesiapa yang merintis jalan utk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.” Pesanku bersama walau status dan situasi kita berbeza sekalipun selepas ini jangan jadikan pencarian ilmu akan terhenti dan melenyapkan sebuah perjalanan sang hamba. Teruskan usaha walau cabaran datang setiap penjuru..Ilmu dan iman mendidik hati kita mengenal Allah dan hakikat hambaNya..

ebtisam: Ingat nak tadah ilmu di pondok sementara tunggu grad..insyaALLAH..ameen.Hayya ma’an(“,)
ukm
1 mei 09/02:21am

1 comments:

murabbi abid99 on May 2, 2009 at 6:13 PM said...

"tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad"
semoga semangat untuk terus berjuang akan kekal dalam hati setiap insan pejuang.... Ameen
moga ad-deenul islam ini akan terus dipenuhi oleh insan2 yang dahagakan ilmu dan sentiasa mengahayati serta mengamalkan ilmu yang ada.
insyaalah.....

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template