Tuesday, April 21, 2009

..Dalam Dakapan Tarbiah Ilahi..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Tatkala ini aku sedang sibuk dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan paper pertama esok hari. Tapi hatiku meronta-ronta untuk menulis sesuatu di sini bagi menghilangkan rasa penat setelah berteleku mengadap nota-nota di meja study ni. Maklumlah nak berjuang habis-habisan demi sem terakhir ni,mudah2an Allah menghadiahkan kejayaan buatku dan sahabat2 seperjuangan. Aku baru lepas menghadapi praUjian yang benar2 menguji keimanan dan ketabahanku sebagai seorang hambaNya sebelum memasuki final sebenar 22/4 ini

Alhamdulillah skrng ni aku berada dlm kesihatan yang baik setelah hampir seminggu Allah mentarbiahku dengan menarik sedikit nikmat kesihatan..Entah la beberapa hari sebelum kelas terakhir berkunjung tiba badanku terasa serba xkena.terasa panas sejuk je dan tekakku rs pedih..aku terfikir tak sihatkah ku hari ni.tp ku buat tak tau je.minggu depan dah mula study week. Aku berhajat untuk menghabiskan minggu itu dengan menyiapkan tesis dan selang seli dengan ulangkaji pelajaran maklumlah exam dah nak dekat. Hati ku mula berkecamuk dan runsing sempat siapkah keje2 itu semua,terasa semua benda nak lakukan dengan cepat dan pantas.Masa itu emas..huhu..berbalik pada hari kelas terakhir dalam sem terakhir ini dalam dewan kuliah aku cuba memberi focus yang terbaik dari sebelum ini tetapi aku xmampu, di kepalaku mula berdenyut2 dan hidungku memerlukan sesuatu..alhamdulillah shbt disebelahku mghulurkan sehelai tisu kpdku..dia bertanya “awk xsihat ke hari ni?..”erm ntah la..mcm nak demam je..demam nak peksa kot.hehe” jwbku..alhamdulillah selesai juga kuliah last hari ni walaupun tumpuan ku kurang dalam kelas itu. Mudah2an Allah memberkati ilmu hari ini dan sebelum2nya..

Aku lalui minggu terakhir pengkuliahan dengan keadaan yang tidak sihat..Rupa2nya memang aku demam dan kali ni rasa demam sedikit teruk dari sebelum2 ini maybe aku jarang demam. Tambah2 pula batukku menjadi2 dan selsema juga tidak ketinggalan.. Ya Allah apakah ujian Kau berikan untukku kali ini..terasa byknya dosa selama ni..keinsafan mula menjenguk di sanubariku..Aku menghitung hari untk exam dan keje2 tesisku yng msih tertangguh kesudahannya lg..Sempatkah.. Ya Allah berilah kekuatan untukku terus berjuang.. Aku cuba pujukkan hati tatkala menghadapi tubuhku yang xsihat ni memungkinkan aku tidak dpt menyiapkan tesis dalam waktu yang telah dirancang dan xmampu untukku mengulangkaji pelajaran..Tapi kumenghalusi apa yang menimpaku skrg ini..aku lalui jalan tarbiah ini dengan berhusnu zhon akan ketetapan Allah dengan keadaan aku sakit ini sebenarnya memberi pelbagai hikmah yng tersembunyi, mungkin Allah ingin mendidikku dengan masa yang sesingkat ini agar aku dapat memnfaatkan dengan sebaik2nya. Dan membersihkan hati2 ku agar sentiasa berada dlm hidayahNya dengan ujian ini. Alhamdulillah..shbt2ku ada di sisi ku dan sering memberi kekuatan padaku. Dalam tempoh aku tak sihat ini aku kurang member tumpuan terhadap studyku kerana aku xmampu..Aku banyak rehatkan diri agar diri ni cepat2 sembuh dari demam..ingatkan dua tiga hari je demam rupanya berpanjangan hampir seminggu lamanya..Pada hari yang entah ke berapa, ada satu malam tu tiba2 mataku mngalami masalah, rasa silau di mata ku terlalu kuat dan kuperasan satu sudut pandangan mataku menjadi tak nampak..Ya Allah apakah ini.. aku mjadi takut tambah2 lg dalam menghadapi waktu sebegini..Aku cuba minta pertolongan dari shbt2ku agar dapat menenangkan keadaan ku yg makin teruk ..aku menangis..dan berdoa pada Allah agar mataku sembuh dan pulih seperti biasa..Wajah mak ayahku mula bermain di ruang fikiranku..terasa ingin berada di sisi mereka..Ya Allah,tabahkanlah hati ku tatkala ini..dalam pada masa itu,aku menelefon pada abangku yang berada di sekitar Bangi ini dengn memberitahu apa yang telah menimpaku..Kemudian dia datang membawaku ke klinik pada malam itu juga dan ditemani oleh shbt2ku kerana aku takut kalau terjadi ssuatu yang serius pada ku..Apa yang membuatku terharu dan sebak kelihatan abangku yang sorang lagi datang jauh dari KL dengan menunggang motor tambah2 lagi kehujanan dlm perjalanan semata2 ingin mengetahui keadaan ku sebenar dan memastikan aku selamat.. Maklumlah diriku yang berada jauh dengan keluarga.. Selepas dptkan rawatan, rupa2nya doc memberitahu masalah mataku ada bersangkut paut dengan tubuhku yang demam ni. Ianya menyerang sekejap sahaja pada malam itu. Patutla sebelum berlaku situasi itu ku rasa pening2 tambah2 lg aku kena hujan tatkala balik ke kolej padahal time tu aku lum sihat sepenuhnya lagi..

Apa-apa pun aku bersyukur kerana ujian yang ku lalui ini hanyalah sedikit Cuma untuk menguji kesabaranku dan pergantunganku pada Yang ESA..banyak pengajaran yang ku perolehi dari situasi yang kulalui ini..shbt2 ku telah banyak berkorban sepanjang aku sakit..dan abang2 ku juga tidak jemu2 memberi nasihat serta kekuatan padaku..Aku amat menghargai kebaikan pada insan2 yang telah berkorban untukku..terima kasih abang2ku dan shbt2ku..Jadi aku lalui study week dengan hati yang berpaksi kepada ALLAH atas ujian yang berbentuk tarbiah ini sebagai jalan membersihkan hati2 yang berkarat ini serta mendidik agar aku sentiasa dekat denganNya..rupa-rupanya baru kusedar kebergantungan dan keyakinan ku pada Allah belum cukup kuat lagi aku sandarkan padaNYA..dan Allah menghadiahkan ujian ini kerana Dia ingin mengetuk pintu keimananku agar aku tak tersasar dari jalan hidayahNya..Lantas ku teringat pada ayat kedua dalam surah al-Ankabut yang bermaksud “apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:Kami beriman.sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)” Aku menginsafi akan kekerdilan diri ku sebagai seorang hambaNya..Terima kasih Ya Allah atas cubaan yang kau berikan ini.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ya Allah..andai diriku resah,tenangkanlahhatiku dengan teduhan makrifahMu..andai diriku terancam lindungilah jasadku dengan kebesaranMu..andai tubuhku kedinginan selimutilah dengan kehangatan kasih sayangMu ..andai diriku merindu, rindukanlah jiwaku dengan saat bertemu denganMu..Ya Allah,jangan Kau biarkan hati,jiwa,jasadku terpesona dgn duniawi..khusyukkan jiwaku dalam rukuk dan sujud menghadapMu..Berikan kejayaan di dunia dan di akhirat..Ameen Ya Rabbal Alamin..

Ebtisam: ###tabahkan hatimu sekental hati mujahidah silam wahai insan yang bertuah ini###

21/4/09:13.15

0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template