Friday, May 29, 2009

sahabat..kutinggal jua



saat bersamamu akan bertemu noktahnya..sebuah pertemuan di bumi ini akan dilamar detik perpisahan..di sinilah dikau byk mertarbiah mengenal akan erti kehidupan sebenar..bermula 1hb 7 06 aku mula menginjak kaki di sini mencari setitis ilmu yg berharga, mencari persahabatan, mencari perjuangan, mencari pengalaman, mencari hakikat diri, mencari erti cinta, mengenal erti pengorbanan, memahami erti istiqamah dan yg penting menyedari diriku akan permusafiran ini untuk mencari keredhaan Allah..semoga ia terus mengiringi setiap langkah ku dan setiap detik nafasku..hari ini 29hb Mei 09, ku mula tinggalkan bumi perbukitan ilmu ini dengan 1002 kenangan yg sempat dilakar dan disemat dengan sebuah harapan bhw perjuangan ini bukanlah dihenti di sini sedangkan perjuangan sebenar adalah baru bermula selepas ini..sahabat2 terutamanya AB22: along, angah, uda, alang, adik, ucu, ydpah, ateh(diriku) dan ab2 lain: sha,ty, hajar,karmila dll..tidak dilupa juga kepada shbt2 upta..terima kasih ats segala..sukarku untuk menterjemahkan penghargaan yang xterhingga ini dan perasaan di hati ini kerana kalian adalah terbaik yg pernah ku temui..inginku menterjemahkan dirimu satu persatu di sini tp diriku kesuntukan masa..akan ku cuba juga suatu hari utk menukilkan dirimu..buat achik, aku merinduimu..aku mengagumi dirimu...sukar bertemu dgn insan setabah dirimu..smoga kau bertambah sihat..kau sentiasa dlm doaku..

Ya Allah..tabahkanlah hatiku menghadapi detik perpisahan ini..bertemu dan berpisah kerana Allah..ketahuilah sebenarnya aku menyayangi kalian fillah..

ebtisam
29 Mei 2009
9.23 am
KTHO,UKM




0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template