Friday, May 8, 2009

~masanya sudah tiba~




“Ty, sayangnye nak packing brg2 kat dlm bilik ni. Mcm xnak je kemas2 brg sume ni..”luahan hati sy pada sorg shbt ni yng bertandang pada mlm terakir sebelum check out esokkn hr.huhu

Tapi luahan sy tidak bersambut..mybe dia pun turut sama merasai apa yang menggelodak di hati sy ni. Sebenarnyan sy sedih nk menghadapi saat2 sukar sebegini kerana penghujung semester terakhir sudah pun berkunjung tiba. Lalu sy pun mengambil peluang untuk bergambar sakan setiap sudut yang ada dlm bilik yg comel ini(padahal xcome pun org len tgk, tp sy tgk comel..he2) utk abadikan masa akn dtg. Biarlah org nak kata apa pun,dah buang tabiat kot..huhu. Sbnrnya pada mlm ni sy xde semangat untuk mengemas kesemua brg2 yg ada ni utk dibw balik ke kg halaman kerana sy xbersedia lg utk berpisah dengan ukm..terlalu bnyk kenangan yang sempat dilakarkan di hati ni. Hany Allah saja yang tahu..huhu..Tp sy perlu juga teruskan kerja2 mengemas barang mlm ni jgk dan sambung keesokkan hari kalu tak siap kerana masanya sudah smpi..sy msti tabah n kuat..

Tiba-tiba terasa ada sedikit kekuatan yang Allah campakkan ke dalam diri sy. Diri sy mula berfikir sejenak, merenung kembali, bermuhasabah sekejap. Knape sy perlu sedih, perlu mengingati suatu kenangan yg lepas, padahal suatu yang sudah lepas xkan kembali sedangkan hari2 akan datang pasti menjelma Cuma kita tidak boleh pastikan apa yang akan berlaku msa akn dtg. Tp yg pasti kita boleh merancang dan berusaha, selebihnya Allah jua yang merencana semua ini. Hati sy berusaha mentazkiyah dengan kembali kpd hakikat kehambaan kpd Tuhan. Hidup di dunia ini sebagai tempat persinggahan yang mana kita akan berhenti sekejap dan kemudian akan teruskan perjalanan ke destinasi yang abadi. Jadi disebabkan hidup kita sebagai perjalanan inilah membuatkan kita akan mencari bekalan yang secukupnya agar kita berjaya sampai ke tempat abadi yang penuh kebahagiaan. Jadi apabila menyedari tentang siapa diri kita sebenar ini mendorong untuk sy menganggap bahawa tidak selama2nya sy akan berada satu2 tempat tidak kiralah tempat itu banyak mentarbiah diri ini, mengajar erti persahabatn, dakwah atau ape2 sajalah yg dapat memberi manfaat untuk diri sy sendiri, kerana tempat yag kita lalui ini hanyalah berupa destinasi persinggahan. Suatu persinggahan itu akan berakhir apabila peranan kita sudah diselesaikan dan manfaat pun sudah diperolehi, maka selepas itu kita akan teruskan perjalanan kita ke fasa yang seterusnya. Selagi kita dapat berjalan di muka bumi rebutlah peluang di mana2 sahaja bagi mencari suatu yang berharga dan mamfaat untuk kesejahteraan di dunia dab di akhirat.

Dengan mengemukakan analogi mudah itulah membuatkan sy bangkit semula dan perlu bersemangat dalam menghadapi hr2 akan dtg kerana pasti akan ada suatu yang lebih berharga dari ini yang sedang menunggu sy nanti. Jadikan saat yang berlalu itu sebagai kenangan yang sempat diukirkan dan layak utk diingati dengan harapan semoga ia dpt menjadikan diri kita ini mampu bersedia hadapi cabaran2 yang akan dtg selepas ini. Bukanlah ia menjadi pelemah semangat,ttp pencetus semangat masa depan. Sejarah yang lepas boleh dijadikan sama ada pengajaran untuk diikuti atau menjadi sempadan utk ditinggalkan.

Itulah yang sempat sy kongsikan dengan shbt sy sorang ni bagi mengubati hati yang sama2 berduka agar dapat meraih smgt dan kekuatan.Terima kasih yang tak terhingga pada shbt sy,Tiy kerana sudi datang ke bilik temankan sy pada mlm terakhir sebegini memandangkan rumet sy tiada di sisi. Syukran byk2 walaupun sy tahu sekarang ni kita duk rush ngn tesis bg pastikan siap dlm tempohnya. Dan tempohnya pun sudah hampir ke titik nokhtahnya..huhu.


ebtisamsufi
KKM,UKM
09 mei 09/01.00am

1 comments:

ibtisam on May 10, 2009 at 9:58 AM said...

mohon maaf..tulisan & ayat bertunggang langgang..hehehe,,menulis time mengantuk n dicampur dgn keletihan..ape2 pun syukran espeacilly kepada seseorang yg menjdi pengunjung setia sy..

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template