Monday, April 20, 2009

Tinta fatrah imtihan


"Kejayaan bukanlah selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata..soal utama dan pertama adalah keberkatan dariNYA.. bukan hendak menafikan hasil titik peluh kita, tp kita harus sedar adanya Tuhan mengaturkan segalanya..biarpun sejuta ilmu kita dalami ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNYA kerana DIA pemilik segala ilmu yang ada yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya..hadirkan dalam hati rasa keinsafan..hanya ilmu menjadi wadah mendekati Tuhan.."

Sahabat2,walau bagaimana usaha kita walau setinggi manapun IQ kita, namun kita tak mampu mencapainya tanpa rahmat dan pertolongan Allah. Usaha kita sebagai kesinambungan untuk mencapai cita-cita itu, tetapi restu atau tidak itu milik Allah yg Esa krn Dialah Yg Berkuasa atas segalanya. Buktinya apakah yang mampu kita lakukan ketika terlupa fakta di dalam dewan peperiksaan?? Kita tak ada kuasa bukan!! Jadi redhalah pada ketetapanNya..Ingatlah adalah lebih baik kiranya kita gagal sedangkan Allah lebih redha dengan kegagalan itu daripada Allah memberikan kita kejayaan sedangkan Dia tak redha di atas pemberianNya..Maka, jagalah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia..Berdoalah agar kita diberi taufiq dan hidayah sentiasa.

SALAM IMTIHAN MINNI
ebtisam
KKM,UKM
20/4/09

p/s: betulkan hati kita padaNya..yakinlah dengan nusrah ALLAH..jgn berputus asa..teruskan perjuangan..(0,0)

0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template