Monday, April 13, 2009

Bingkisan Hamba Buat Rabb



Ya Allah Ya Tuhanku..
Dalam melayari bahtera kehidupan ini
Terasa beratnya ujian yang Kau berikan kepada hambaMu ini
Satu-persatu ujian Kau turunkan
Aku lemah,aku kerdil dalam menghadapinya
Kenapa aku merasai sedemikian,
Kadangkala aku terfikir dengan sangkaan burukku
Tapi aku cepat sedar dan merenung semula
Bukanlah Engkau ingin menyeksakan aku
Bukanlah Engkau ingin menyulitkanku
Bukanlah Engkau sengaja membuatku sengsara dan gelisah
Tetapi Engkau ingin membuatkan aku sentiasa berada di jalan HidayahMu....

Ya Allah..
Sebenarnya Kau tidak jemu-jemu memberi peringatan kpdku
Walaupun aku sendiri mencuba untuk menjadi hambaMu yang kuat
Tetapi aku tewas dengan ujian Kau hadiahkan buatku
Kau ingin melihat sejauhmana pergantungan aku sepenuhnya terhadap Engkau,Ya Allah
Kau ingin menguji keyakinan aku dalam menghadapi setiap ketentuanMu..
Rupa2nya aku belum cukup kuat dan kental lagi untuk menghadapi jalan tarbiahMU ini..
Namun, ku bersyukur dengan belaian ujian Kau ini kerna
Ia adalah jalan mujahadah buatku
Baru kusedar jalan menuju kepadaMu jalan yang penuh dengan liku-liku
Makin dekat aku denganMu,
Makin kuat Kau mengujiku
Kerana Kau mahu hambaMu yang makin hampir dalam keadaan kuat,bukannya lemah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Betapa halusnya jalan tarbiahMU ini,
Kesabaranku perlu kucari
Agar aku tak mudah jatuh di titian kasihMu ini,
Campakanlah rasa di hati ini akan redha setiap ketentuanMu
Jangan membuatkan aku berputus asa dari rahmatMu
Kerana rahmatMu langit meluas
Kerana kasih sayangMu melimpah ruah
Ya Allah,semoga aku tabah dan bersabar dalam jalan mujahadah ini
Hanya kepada Engkau tempatku berserah hidup ini,




0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template