Tuesday, October 7, 2008

Proses Pembentukan Usrah Solehah



Proses pembentukan usrah solehah akan menjadi perkara yang mudah dilakukan sekiranya diberi perhatian di peringkat awal lagi.Oleh itu hendaklah dirancang keluarga tersebut dan dibentuk agar mudah menjadi keluarga bertaqwa sejak dari proses peminangan,hantaran,kenduri kahwin,permulaan hidup berumahtangga dan seterusnya hendaklah kesemuanya itu melambangkan kepatuhan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Kahwin merupakan sunnah Rasulullah saw dan menjadi tuntutan agama Islam bagi mereka yang mencukupi syarat-syarat untuk berkahwin.
Sabda Rasulullah saw :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغصى للبصر وأحصى للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له دجاء.

“Wahai golongan muda,barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari segi kesihatan dan harta hendaklah berkahwin, maka sesungguhnya (kahwin) menundukkan pandangan dan memelihara maruah,dan sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa,maka sesungguhnya puasa itu dapat membendung nafsu syahwatnya”.
Sabda Rasulullah saw :

فمن رغب عن سنتى فليس منى

“Maka sesiapa yang benci kepada sunnahku (berkahwin) maka dia bukanlah daripada golonganku”.

Di antara faedah perkahwinan :

1. Mendapat anak dan mengembangkan zuriat.
2. Memecahkah nafsu.
3. Mentadbir rumahtangga dengan sempurna.
4. Membanyakkan waris.
5. Mujahadah nafsu.

Perkahwinan hendaklah berasaskan Islam bukan kerana nafsu semata.Sebelum mendirikan rumahtangga,seorang lelaki atau perempuan hendaklah bijak memilih pasangan masing-amsing.Justeru itu,apabila kedua-dua pasangan tersilap langkah pada peringkat awal ini,maka ia gagal mewujudkan usrah solehah.

Sifat-sifat perempuan yang hendak dipinang :

1. Bertaqwa.
2. Baik akhlaknya.
3. Perawatakan kemas.
4. Sedikit maskahwin.
5. Perawan (anak dara).
Hadis Rasulullah saw berbunyi :

عليكم بالأبكار فإنهم أعذب أفواها وأنقى أرحاما وأقل خبا وأرصى باليسير

“Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan (anak dara) kerana sesungguhnya mereka itu lemah lembut tutur katanya,boleh melahirkan anak yang ramai kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang sedikit”.

6. Keturunan yang ramai anak.
7. Keturunan yang baik.
8. Bukan keluarga yang dekat.
Sabda Rasulullah saw :

لا تنكحوا القرابة فإن الولد يخلق ضاويا
“Janganlah berkahwin dengan kaum kerabat yang dekat,sesungguhnya anak yang akan lahir daripadanya akan menjadi lemah badan dan lemah akal”.

Sifat-sifat suami yang soleh :

1. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya.
2. Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah makan minum,pakaian,tempat tinggal serta perabut anak isteri.
3. Kasih sayang,mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka.
4. Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah (pengaduan) serta bertindak segera tanpa usul periksa terlebih dahulu.
5. Tidak gemar memandang perempuan-perempuan lain.
6. Tidak gemar bergaul dengan perempuan-perempuan lain.
7. Tidak melakukan maksiat seperti minum arak,berjudi dan sebagainya serta tidak membuang masa dengan kerja yang sia-sia.
8. Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
9. Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
10. Cemburu dalam hal yang mendatangkan maksiat terhadap dirinya,anak dan isterinya.

Suami yang soleh ialah mereka yang mengutip menimba contoh telaga qudwah yang tidak pernah kontang,iaitu qudwah Rasulullah saw.

Tanggungjawab kedua ibu bapa terhadap anak :

- Kedua ibubapa hendaklah menitik beratkan didikan anak-anak dengan didikan Islam semenjak kecil lagi.


Firman Allah swt:

قال الله تعالى : "قوا أنفسكم وأهليكم نارا"
“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka”.

Hadis Rasulullah saw :

مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه.
“Tidaklah anak yang dilahirkan itu melainkan dilahirkan di dalam keadaan fitrah.Maka kedua ibubapanyalah yang akan mengyahudikannya atau mengnasranikannya atau memajusikannya”.

- Kedua ibubapa hendaklah menghantar anak-anak ke pusat pengajian yang berunsurkan Islam seperti tempat pengajian Al-Quran,bahasa arab,hadis dan ilmu duniawi yang sesuai dengan Islam.
- Hendaklah menjauhi anak-anak dari tempat-tempat syubhat,maksiat dan jauhi daripada kawan-kawan yang tidak berpendidikan.
- Kedua ibubapa hendaklah menjadi contoh yang baik kepada anak-anakanya.
- Kedua ibubapa hendaklah memberi dorongan dan galakan kepada anak-anaknya agar berjihad ke jalan Allah dan tidak merasa sedih dengan kematian anaknya syahid di medan jihad.Hendaklah berjiwa waja seperti kisah seorang ibu; “khansa” – ketika kehilangan ketiga-tiga anaknya gugur di medan jihad,beliau menangis kerana tidak ada anak lagi yang dapat memberikan saham untuk berjuang fisabilillah.Dan sebagaimana kisah Sayyidatina Asma’ bte Abu Bakar yang memupuk semangat berani berjihad dan sanggup syahid kepada anak kesayangannya Abdullah Bin Zubair.Beliau berkata : “Wahai anakku…sesungguhnya seekor kambing yang sanggup disembelih tidak akan merasa sakit walaupun kulitnya dihiris”.

0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template