Monday, April 20, 2009

Tinta fatrah imtihan

0 comments
"Kejayaan bukanlah selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata..soal utama dan pertama adalah keberkatan dariNYA.. bukan hendak menafikan hasil titik peluh kita, tp kita harus sedar adanya Tuhan mengaturkan segalanya..biarpun sejuta ilmu kita dalami ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNYA kerana DIA pemilik segala ilmu yang ada yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya..hadirkan dalam hati rasa keinsafan..hanya ilmu menjadi wadah mendekati Tuhan.."

Sahabat2,walau bagaimana usaha kita walau setinggi manapun IQ kita, namun kita tak mampu mencapainya tanpa rahmat dan pertolongan Allah. Usaha kita sebagai kesinambungan untuk mencapai cita-cita itu, tetapi restu atau tidak itu milik Allah yg Esa krn Dialah Yg Berkuasa atas segalanya. Buktinya apakah yang mampu kita lakukan ketika terlupa fakta di dalam dewan peperiksaan?? Kita tak ada kuasa bukan!! Jadi redhalah pada ketetapanNya..Ingatlah adalah lebih baik kiranya kita gagal sedangkan Allah lebih redha dengan kegagalan itu daripada Allah memberikan kita kejayaan sedangkan Dia tak redha di atas pemberianNya..Maka, jagalah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia..Berdoalah agar kita diberi taufiq dan hidayah sentiasa.

SALAM IMTIHAN MINNI
ebtisam
KKM,UKM
20/4/09

p/s: betulkan hati kita padaNya..yakinlah dengan nusrah ALLAH..jgn berputus asa..teruskan perjuangan..(0,0)

Sunday, April 19, 2009

permusafiran @,@

0 comments


p

Tuesday, April 14, 2009

Gelombang tsunami imtihan ^,^

0 comments


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Fatrah imtihan makin terasa..gelombang tsunami peperiksaan akan tiba dalam seminggu lagi..kelihatan pelajar sibuk menyiapkan kerje2 terakhir sebelum memasuki dunia nak exam..ada pelajar sudah pun berhibernasi di mana2 yg difikirkan sesuai samada di bilik, library mahupun bilik tutorial atau dewan kuliah dan apa yg menariknya dikampung pun ada..manakala di kedai2 potostat makin juga sibuk dengan melayani kerenah pelanggan untuk copy nota2 yg bakal dibaca semata2 nak imtihan..bagi pelajar yg masih tercari nota smda terhilang atau belum memiliki,mulalah kalut mencari teman untuk copy n paste smt2 nak imtihan jg..nasib baik teman seorang pemurah..bagi pelajar yang masih xsedar akan kunjungan tsunami ini amat malang la bg dirinya kerana akan karam dlm gelombang dan hanyut entah ke mana,,gelapla masa depan.kalau ada kawan sebegini tolongla ingatkan sama-sama krn Allah agar kita dapat bersiap sedia menghadapinya..fatrah ini jg lah kita dapat mendengar lafaz mohon maaf, mitak maaf ek,kosong2 eh dll..pastu fatrah ini jg kita dapat menyaksikan pelajar rajin sungguh solat sunat terutamanya solat sunat hajat, boleh dikatakan tiap2 mlm nak exam,memohon kpd Allah agar dilapangkan dada n permudahkan untuk jwb nanti..alhamdulillah bagus sungguh amalan ni, tp alangkah bagus kiranya amalan ini dilakukan sepanjang masa bukan difokuskan hari2 tertentu shaja krn kita sebagai hambaNya sentiasa memerlukan tanpa mengira keadaan dan situasi..
Bagaimana pula dengan si hamba tu?Sape yee??OO insyaallah dalam bersiap sedia utk menghadapi fatrah ini dengan bekalan yang secukupnya.doa2kanlah agar saya dapat jawab nanti dan mendapat kejayaan yg cemerlang utk sem terakhir ni,insyaallah....sebelum tu sama2 la kita mengislahkan niat menuntut ilmu ini terlebih dlu bg mana2 yang terlari dari niat asal agar ilmu kita bukan sekadar dlm kertas exam shj tp utk diamal dan dihayati dalam kehidupan sebenar..mudah2an Allah memberkati ilmu yg dipelajari. A'afi kathiran('',)بالتوفيق والنجاح

@@Jadual peperiksaan sem terakhir@@

0 comments
RABU (22/4/2009)
KAJIAN SUNNAH, BIDAAH&KHURAFAT


ISNIN (27/4/2009)
BIMBINGAN SAUDARA BARU

KHAMIS (30/4/2009)
KAUNSELING KELUARGA ISLAM

RABU (6/5/2009)
KAJIAN TEKS DAKWAH DAN KEPIMPINAN

Monday, April 13, 2009

Bingkisan Hamba Buat Rabb

0 comments

Ya Allah Ya Tuhanku..
Dalam melayari bahtera kehidupan ini
Terasa beratnya ujian yang Kau berikan kepada hambaMu ini
Satu-persatu ujian Kau turunkan
Aku lemah,aku kerdil dalam menghadapinya
Kenapa aku merasai sedemikian,
Kadangkala aku terfikir dengan sangkaan burukku
Tapi aku cepat sedar dan merenung semula
Bukanlah Engkau ingin menyeksakan aku
Bukanlah Engkau ingin menyulitkanku
Bukanlah Engkau sengaja membuatku sengsara dan gelisah
Tetapi Engkau ingin membuatkan aku sentiasa berada di jalan HidayahMu....

Ya Allah..
Sebenarnya Kau tidak jemu-jemu memberi peringatan kpdku
Walaupun aku sendiri mencuba untuk menjadi hambaMu yang kuat
Tetapi aku tewas dengan ujian Kau hadiahkan buatku
Kau ingin melihat sejauhmana pergantungan aku sepenuhnya terhadap Engkau,Ya Allah
Kau ingin menguji keyakinan aku dalam menghadapi setiap ketentuanMu..
Rupa2nya aku belum cukup kuat dan kental lagi untuk menghadapi jalan tarbiahMU ini..
Namun, ku bersyukur dengan belaian ujian Kau ini kerna
Ia adalah jalan mujahadah buatku
Baru kusedar jalan menuju kepadaMu jalan yang penuh dengan liku-liku
Makin dekat aku denganMu,
Makin kuat Kau mengujiku
Kerana Kau mahu hambaMu yang makin hampir dalam keadaan kuat,bukannya lemah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Betapa halusnya jalan tarbiahMU ini,
Kesabaranku perlu kucari
Agar aku tak mudah jatuh di titian kasihMu ini,
Campakanlah rasa di hati ini akan redha setiap ketentuanMu
Jangan membuatkan aku berputus asa dari rahmatMu
Kerana rahmatMu langit meluas
Kerana kasih sayangMu melimpah ruah
Ya Allah,semoga aku tabah dan bersabar dalam jalan mujahadah ini
Hanya kepada Engkau tempatku berserah hidup ini,




Saturday, April 11, 2009

bicara buat sahabat

0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


@,@ iZinkan Ku abadikan kata-katamu yg brHarga di sini sebagai peneman di kala ku kesepian dan kerinduan..Dikaulah sahabatku yang sentiasa di sisiku di saat aku lemah mahupun kuat..Kau banyak bersabar dalam melayani kerenah kenakalanku kerna daku suka melihat ketenangan yang terpamer di riak wajahmu..namun kau masih tetap bersabar dan tersenyum..itulah yang membuat aku tertarik untuk terus bersama mu..Smoga kasih dan syg kita terus berkekalan dan sentiasa dilimpahi dengan kerahmatan ALLAH.. Kenangan bersamamu pasti kurindui..('',)


Sahabat..
Aku bukanlah seorang yg mampu menulis apa2..
Apatah lagi tulisan yg berbentuk taujihat buatmu..
Kerna..aku juga seorang yang lemah..
Bagaimana untukku memberi semangat kepada orang lain??
Namun, demi permintaan itu..
Ku cuba menarikan mata pena..
Walau ku tahu.. tulisan ini tidak seberapa..

Sahabatku NikZue..
Kulihat sendu di matamu..
Kau terkadang ketawa di sebabkan kata-kataku yang lucuu..
Namun,.. semua itu nampak sumbang di mataku..
Terkadang aku tertanya,,.
Apakah masalahmu sahabat..
Sehingga keceriaan yang ikhlasmu dulu
Tidak lagi kelihatan kini..

Sahabatku fillah..
Kutahu kini..
Masalahmu terlalu berat bagiku yang hanya bias mendangar..
Tetapi tidakku rasa apa yang engkau rasai…
Namun, ujian itu telah diberikan kepada mu sahabat..
Kerana engkaulah insan yang paling bertuah..
Untuk menghadapi ujian itu..
Tanda kasih dan sayang dari belaian Ilahi

Ayuh sahabat..
Bangkitlah..
Berdirilah..
Tempuhilah ujian itu semampumu..
insyaAllah..akan kautemui..
kebahagiaan yang menggunung dalam diri..
kebahagiaan yang hakiki dari Ilahi..


Nukilan rasa:
T

Thursday, April 2, 2009

"mALam MeNGGamit MemORI 2009"

0 comments


bersama pensyarah2 jbtn dakwah

gambar2 yg sempat diaksi

sahabat2 semeja

Baru-baru ini kELAb JAKMA telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahun 3 khusus untuk meraikan bakal graduan jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan pada thn ini..di samping untuk mengerat hubungan antara mahasisiwa tahun 3 dengan para pensyarah yang tidak jemu-jemu mencurah ilmu selama bermukim di sini..

tarikh: 31 Mac 2009 (selasa)- hari puja umur sultan kelantan..huhu
tempat: D'Tasik Seafood Restoran Residence Hotel, UNITEN..(best tul..mkn pun seDDAp)
Masa: 8.00-11.30mlm(fuh lamanyer)
Dirasmi: Dr. Fariza Md Sham(Pensyarah modulku yg dihormati- barakallahu fik)
Pelbagai acara yg menarik disajikan pada malam tersebut.antaranya tayangan multimedia, persembahan puisi, persembahan nasyid dari kumpulan Rabbana(satu2nya kump nsyid jbtn dakwah yg diilhamkan sejak LAD08 lg & msh bernafas sehingga kini..huhu)..dn byk lagilah..
ape2 pun sy bersyukur krn berpeluang untk hadir ke majlis dinner ini walaupun hambatan tesis yng lum settle lagi serta stdy yg lum start lg..tp xpelah untuk malam ni ja..rindu nak jmpa ngan shbt2..alhamdulillah ramai jg sahabat yg sudi hadir ttp ada juga shbt2 len xdpt turut serta..mybe diorang ada keje yg xdpt dielakkan(husnu zhon..)..sy juga berterima kasih kpd ajk pelaksana majlis ini iaitu adik2 dakwah thn 1 n thn 2 diatas kejayaan mengadakan program untuk kami..tahniah!!! kenangan bersamamu xkan kulupakan..teruskan usaha menimba ilmu dengan sebaik2nya selagi ada ruang dan masa kalian di sini.. tidak lupa juga ribuan terima ksih kpd para pensyarah yg sudi datang untuk makan bersama dngan anak2mu ini serta staf2 pjbt jbtn dakwah..segala jasa kalian dalam menabur bakti akan ku kenangkan dan diamalkan buat bekalan sepanjang zaman..insyaALLAH..sahabat2ku: bie,fetty,asiah, laili, k.cty dll(maaf xterhitung ramainyer) mge ukhuwwah kita berkekalan dalam hati walau terpisah dek masa dan ruang sekejap lagi..ape2 pun usah ditangisi akan perpisahan krn tanpa perpisahan kita xkan merasai nikmatnye sebuah pertemuan..so memanfaatkan ilmu hasil dari bertungkus lumus kita di sini untk diaplikasikan di dunia luar sana..انشأالله maafkan daku ats kekhilafan dan kesalahn yng dilakukan selama kita berukhwwah ini..selamat menghadapi fatrah imtihan nihaei ini..buatla yg terbaik untuk sem last ini dan moge2 kejayaan milik kita semua..

P/s: mlm kenangan terindah..<@,@>
 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template