Thursday, April 23, 2009

@@rela ditarbiah untuk mentarbiah@@


Alhamdulillah, selesai sudah satu paper yang aku lalui pada pukul 12 tengah hari tadi. Aku keluar dari dewan peperiksaan dengan nafas lega dan tersenyum kesyukuran tetapi bukannya gembira kerana confidentnya aku dapat jawab tetapi aku bersyukur kerana Allah menghadiakan daku ketenangan dalam peperiksaan setelah hatiku benar2 bertawakal dengan apa yang telah aku usaha dan berdoa..terasa luasnya rahmat ALLAH kepada hambaNya. Sebelum aku menghadapi peperiksaan aku sempat lagi telefon kat mak di kampung untuk mengkhabarkan buat kali entah ke berapa tentang nak exam hari ni dan minta doa restu agar aku diberkati oleh Allah..insyaAllah..tenang juga hati ku bile dengar suaranya dan bersemangat pula melangkah ke medan imtihan pada hari ini..Sebenarnya apa yang aku lalui ini adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNya kerana aku tidak punya apa2 kekuatan melainkan dengan pemberianNya sehingga aku mampu bersemangat dan berdiri bagi meneruskan permusafiran hamba ini.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dalam mencari bekalan untuk menghadapi peperiksaan aku tiada masa banyak untuk mengulangkaji seperti orang lain. Kesibukan aku dalam berpersatuan dan kerje2 dakwah sebelum ini(walaupun dah pencen bulan 2 baru ni) membuatkan aku benar2 menghargai masa yang ada sedikit ini. Masa untuk pulun study betul2 hanyalah bila dah nak dekat exam..begitulah ragamku sejak dari sem2 lepas lagi dan situasi ini turut sama yang berlaku pada sahabt2ku..Terima kasih atas ukhuwwah yang terbina dalam mengharungi onak dan duri perjuangan.. Tapi aku tidak pernah menganggap kerje2 sebegini menghalang untuk aku maju dalam pelajaran bahkan aku bersyukur kerana aku antara orang yang terpilih berada di jalan tarbiah dan perjuangan di bumi UKM ini,,apa2 pun kembali kepada pasang niat yang betul dalam melakukan sesuatu kebaikan agar ada keredhaan dan berkat disebalik semua ini.aku benar2 meyakini dan berpegang dengan ayat ini “kiranya kamu menolong pada jalan Allah pasti Dia akan menolong kamu..”Ayat ini sememangnya memberi semangat kepada ku apabila bertembung antara situasi kehendak diri sendiri dan tuntutan perjuangan Islam. Jadi ayat ini akan menguatkan hatiku tatkala terpaksa menghadiri meeting saban malam biarpun waktu itu aku berhasrat nak bertapa di library atau pun study di bilik,atau situasi lain perlu ke program2 tarbiah yang diadakan tidak kira samada musim kuliah, musim cuti mahupun musim imtihan. Ini benar2 mendidik hatiku untuk kenal erti pengorbanan dan keikhlasan dalam menyerah jiwa raga pada jalan Allah..Semoga aku terus istiqamah dalam perjuangan ini dan merahmati setiap jejak langkah ku bg mencapai kebahagiaan fidDarain..Terima kasih ayahbondaku kerana mendoakan kesejahteraan dan kebaikan anakmu selama ini. Semoga Allah melindungi dan memberi nikmat kesihatan yang baik kepada kedua ibubapaku.. Ameeen..

0 comments:

 

ebtisamsufi Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template